25 May 2011

TERIMA KASIH KPD YG MENGIRIM...


Suka..suka.. sangat..!!!
sebab hari ini tup2 terima kiriman dari seseorang yg dok nun jauh di KL yg juga merupakan rakan blogger iaitu kira adik blogerlah ya..
Terima kasih tidak terhingga kerana sudi mengirimkan sesuatu utk akak.. hanya Allah juga dpt membalas budi-baiknya..!

Lama betul tak berblog disamping sibuk sedikit dengan tempahan sambung pulak dengan kesihatan yg tak berapa nak sihat dan dicampur juga dengan malasnya yang lebih. Biasalah bila dah lama tak berblog memang malas sungguh rasanya.., itu yg bersambung-sambung lama tak berupdate blog ini. Apa pun hari ini nak kongsikan kegembiraan sebab dapat kiriman spt di bawah..


Dapat botol mayonis yg popular para blogger semua buat roti jala yg cun tu..! dulu2 teringin sangat nak-kan botol ni sampai minta Dek Hana yg dulunya dok kat Jepun poskan. Sekarang dapat lagi maka senanglah nak menjala sebab dah ada 2 botol. Tapi kot2 dok terperap aje botol ni menjalanya tidak pun..! heeee...
Keduanya dpt sekor ayam togong yang cute ni (kitchen timer) dan ada juga makanan dikirimkan sama iaitu "Kueh Tiram" terima kasih banyak kpd insan yg mengirimkan semua ini..!


Walau pun masih sendiri & tinggal sendiri tapi sungguh rajin di dapur, macam2 kueh-mueh yang di buatnya..!

No comments:

Post a Comment