10 April 2011

DERETAN TEMPAHAN DI HUJUNG MINGGU...



Dah 2 hari tak jengah blog, bukan kerana tak nak jengah tapi tak berkesempatan langsung terutama di hujung2 minggu sebegini.
Ini pun barulah dapat menarik nafas lega bila segalanya dah selesai.. senang rasa hati sikit. Tapi baru nak rehat jap.., tup2 ada lagi yg call nak kan beberapa jenis kueh lagi utk ptg Ahad pulak.

Sebenarnya Jumaat, Sabtu & Ahad adalah 3 hari yg paling2 busy dan mengejar masa yg teramat sangat kerana ada tempahan yg berderet & banyak sangat yg perlu di settlekan.
Tempahan yg entah keberapa dari Pn. Ziela dari Austin Heights S/B bukannya RHB Bank (Al-kisahnya boleh tersilap pulak, sorry ya ziela..) utk programnya pada hari Sabtu ini (09/04/2011)
Jom kita tengok apa dialah yg banyak sangat tu ya..?


Ini dia tenggekan loyang2 Bingka Ubi. Sebenarnya beliau mengorder sebanyak 4 loyang bingka ubi. Tapi entah cam ner.., silap kira kot, bila dah diparut dapat 3 loyang aje.., minta maaf sangat kat Pn. Ziela, apa nak buat dah tersilap congak. hee...

Ini dia deretan kotak2 bingka ubi sebanyak 3 kotak & 2 kotak lagi utk Talam Cendol.


Itu dia timbunan loyang2 Bingka & Talam setelah siap di packing. Tinggal nak dibasuh aje..



Juga 100 biji Cheese Tart (50 Bluberry & 50 Strawberry)


Beliau juga menempah 100 biji putri ayu
(Tapi entah kenapa kali ini putri ayu ni menyeman pulak mcm tak berapa cantik gitu..!)

300 biji Blossom Polkadot, aneka warna..

Juga 100 biji Banana cup-cake

Tapi sebenarnya bukan ini saje ya.., ada lagi tau iaitu

500 biji karipap berintikan keledek & kentang
(tapi yg ini tuan rumah tak buat serahkan kat sepupu jer..)

dan

100 biji cream puff - Yg ini juga tak sempat buat minta tolong kwn buatkan tapi entah mcm mana dah last minit dia pun call kata tak dpt buat sebab tak sihat.
Bila dah berderet cam ni, manalah terbuat ya.. kalau sorang2 jadi mana yg rasa tak sempat tu pas aje kat kwn2 yg boleh buat.

*******************
Itu yg tuan rumah bagai nak pengsan menyiapkan order2 tersebut, nasib baiklah ada suami yg rajin juga nak menolong sedikit-sebanyak dan mana yg patut. Semua tempahan ini utk hari Sabtu pagi (09/04/2011)

Terima kasih banyak2 buat Pn. Ziela & Majikannya.

TETAPI...
Di sebelah malamnya pulak ada lagi tempahan utk apam beras sebanyak 100 biji dari jiran sebelah tambak iaitu Pn Maz dari Singapura, beliau juga telah beberapa kali membuat tempahan dari serojakitchen. Terima kasih Maz..!


3 comments:

  1. Alhamdulillah kak rezeki.... semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  2. >>chik mimi & nazrah : alhamdulillah..! rezeki dari allah walaupun agak kepenatan yg teramat sangat namun puas sb dah minat kot..! heee..

    ReplyDelete