01 February 2011

SEKITAR MAJLIS P'KAHWINAN ANAK SEDARA HB



Inilah dia wajah2 ceria pengantin perempuan (anak sedara hb) tempohari dgn tema kaler oren/hitam...
Di sini hanya dapat sebahagian saje dpt diambil photo2 pada majlis tersebut.


Assalamualaikum,...
Maaf baru hari ini dpt update blog setelah 3 hari busy dgn majlis perkahwinan anak sedara suami yg berlangsung di Dewan Dato Onn, Larkin, JB. pada 29hb Januari 2011 (Sabtu) lepas.
Sibuk menyiapkan beberapa jenis kueh-mueh utk jamuan tersebut sehinggakan kononnya nak buat apam dot2 kaler oren/hitam tak kesampaian sebab dah sibuk2 tak sempat nak mengdot..dot..!
Itulah perasan boleh buat semuanya akhirnya apam dot2 oren/hitam terpaksa ditempah dgn Azita. Shukur.. nasib baik Azita tak berapa sibuk time tu, pada mulanya tanya2 juga kat Noris & Mamatiera tapi kedua-duanya sibuk membuat tempahan utk Tahun Baru Cina.
Apa pun t/kasih buat Azita..!
Kira apam dot2 oren/hitam dpt juga berposing sempena majlis tersebut mengikut warna tema majlis anak sedara tempohari. shukur.. semuanya berjalan dgn lancar..


Ini pula spt biasalah anak dara akak & sepupunya yg memang suka berposing di belakang poster pengantin

Deretan cenderahati utk para tetamu, beg yg ada gambar bunga ros utk tetamu wanita & beg yg berwarna unggu utk tetamu lelaki.



Ini pula menu utk majlis tersebut spt patceri nenas, kormak kambing, ayam masak merah, dalca sayur & kueh-mueh



Inilah dia apam dot2 yg dijanji-janjikan utk ditayang tempohari akhirnya terpaksa ditempah.
tn rumah dah sibuk membuat kueh-mueh lain spt kek pisang pelangi, kek coklat moist & kek marble disamping mengejar masa kerja, itu yg tak sempat juga akhirnya.

1 comment:

  1. wah cantiknya pengantin...selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia....insyaAllah....best tgk nasi kenduri dan lauk pauk tu...lama tak mkn..:)

    ReplyDelete