14 December 2010

APAM PISANG KOKO


Hari ini kita jeling2 & intai2 kat apam pisang koko (nama asalnya apam pisang coklat) yg mekar setaman ni ya..Buat ni pun sb nak menghabiskan stok pisang yang semakin hari semakin nak lebam maka sebelun dia terus legam lebih baik buatkan sesuatu.Pernah buat sebelum ini tapi jadinya taklah semekar yg ini, tapi kali ini tak tahulah. .. kot2 terlebih pukul atau pun ada gatal2 tangan sikit cuba menambah susu cair sikit ke dlm adunan tersebut.Bila dikukos tup2 nengok mak haiii.. kembang semacam pulak jadinya..!

Itulah bila kita nak dia mekar dia tak mekar2 pun tapi bila kita tak nak dia mekar, bukan main mengembang sakan pulak. Hai.. entahlah ya..! makan ajelah.., apa pun rasa dia tetap sedap sbb ada kombinasi pisang & koko. Tak caye cubalah..!

Inilah dia apam pisang koko yg pernah buat sebelum ini. Cam nilah rupanya, tak lah mekar dan kembang cam yg kat atas tu..! Bulat2 aje... walau apa pun ianya tetap sedap & lembut aje..!

T/kasih kpd tuan punya resepi, minta izin letak kat sini ya..

*****************************
APAM PISANG COKLAT
(Resepi : Noorana - myresepi.com)

Bahan-bahan

2 cwn tepung gandum*
2 sudu makan serbuk koko*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking powder* (*semua bahan diayak bersama)
1 sudu teh garam
1 cwn pisang emas yang dilecek
1 cwn minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
2 biji telur (dipukul)

4sb susu cair - (ini sendiri tambah)

Cara-cara

  • Panaskan kukusan
  • Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
  • Masukkan pula bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  • Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
  • Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.

Balut tutup kukus dgn kain supaya air kukusan tidak jatuh ke dalam acuan semasa mengukus .

2 comments:

  1. menarik tgk apam pisang akak ni....kembang setaman..emmm..sure sedap!!..:)

    ReplyDelete