07 June 2010

MAJLIS PERKAHWINAN DI KOTA SINGA - EPISOD I

Semalam 06/06/2010 akak sekeluarga ke Kota Singa sempena majlis Perkahwinan sepupu yg berlangsung di Dewan Melayu Geylang. Ini sebahagian saje suasana majlis tersebut ada masa nanti akak tayang lagi ok..!
Suasana Dewan yg dihiasi sungguh indah dan cntik.. terpegun sekali bila melangkah kaki masuk ke dewan tersebut. Itu belum lagi menu2 nya yg berbagai-bagai lagi sehingga tak termakan dibuatnya.

Ini pula laluan masuk ke dlm dewan yg tersergam indah itu, kelihatan pelamin yg hiasi cntik diatas dewan.

Ini sign board yg tertera nama pasangan pengantin di laluan utk ke Dewan tersebut.
Suasan & kedudukan meja makan di dlm dewan tersebut serba merah putih dan dihiasi dgn langsir warna kuning emas dikeliling dewan tersebut. Memang cantik & indah sungguh suasana di dlm dewan tersebut ..!
Geram tengok cup cakes yg tinggi menggunung tu..!
Ini pula sudut kueh-mueh & dessert, nak tahu kueh-mueh aje ada dlm 12 jenis kueh tau..! Mak haii.. terkejut dengar apalagi nak makan rasa x termakan ler..! Berbagai-bagai jenis kueh-mueh disediakan begitu juga desertnya, tak ada keje lain asyik melantak ajelah jawabnya..! Nak tengok apa kueh-muehnya tunggu utk siaran seterusnya nanti ok..
Inilah dia pengantin perempuan (sepupu akak) seorang guru di sek menengah di singapura, orangnya kecil-molek dan comei aje..! Namanya Azliza dan merupakan pasangan kembar dgn kakaknya Azlina. Tapi yg ni adik dah bertemu jodoh dulu. Kakak kembarnya coming soon kot..! INSYALLAH...
Pasangan pengantin yg sama cantik & sama padan bagai pinang dibelah dua..!

Jelingan manja dari pengantin dgn Busana pengantin yg indah & cantik sekali.

SELAMAT PENGANTIN BARU..!
Moga kekal ke hingga akhir hayat.. AMIN..!!

Ini pula ketika menggayakan pakaian gaun utk acara memotong kek.

Lembut & shahdunya suasa bilik pengantin walaupun simple tapi nampak cantik & indah sekali..!
serba peach gitu..
Haa.. ini dia mak pengantin perempuan (mak sedara akak yg kita org panggil Mok Teh) Lihatlah wajah ceria mak pengantin glamour lagi you.., mengalahkan pengatin lagi.. mana taknya glamour gitu..THANIAH..! buat mok teh kerana menerima menantu..!

Aksi-aksi anak2 dan sepupu2 mereka dgn macam2 gaya lagi.. sebelum menjamu selera.
Sedara-mara sebelah akak bergambar sama dgn pengantin, semua tu sepupu2..!
Amboi..! ramainya..? Pengantin dikerumuni oleh anak2 muridnya.., riuh-rendah dewan dgn sorakan dan jeritan mereka "SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU..!!!"
Haaa.. ni pulak 3 dara berangan..! possing sakan lagi..
( Amalina & sepupunya)
Makan..makan.. sampai kenyang..! banyak lagi tu.. jangan tak termakan dahlah ya..!
Ini group adik akak yg no. 2 bersama husbandnya.. nengok tu.., penuh mulut memasing..!!!
Siapa lagi..?? kalau bukan si anak dara berdua ni ha.., posing lagi dgn sepupu juga
Comeiii..nya dia..!!! Anak2 sedara akak, Amboi2..! Bukan main bergaya lagi dgn gaun masing2 ya..! sibuk nak berposing juga tu..! serba pink lagi..
Aha.., inilah ibu mereka berdua tadi tu ha..! Adik akak no. 4..
Kita org cuma 3 org adik-beradik perempuan akak yg pertama (yg sulong ler..) tadi tu no. 2 & yg dukong sikecik ni..!) yg 3 org lagi lelaki da..! semua ada 6 orang.
Hemmm... si kenit ain ni pun nak posing juga tu..? Tak nak ketinggalan juga..

Yg ni pulak, jangan cakap ler.. memang muka dia sesaje..
Yg ni pulak cik abg kita, husband adik no. 4 tadi & bapa pengantin (Pok Teh)
Berselera sungguh mereka makan.., sedap sgtlah tu kot.. sampai tak toleh kiri-kanan lagi..! Maklum kena pulak dgn Bryani Kambing, udang satay & macam2 lagi.., dah memang favorite mereka.
**********************************
Nanti kita sambung pula dgn menu2 nya pulak ya..!
Tunggu ke episod ke 2 pulak ya..

No comments:

Post a Comment