09 December 2009

PAU PANDAN

Time coti2 sekolah cam ni, hari2 ada aje menu yg kena difikirkan sebelum gi koje, utk brkfast lain, yg lunchnya lain, adoi.. fening.. fening..! Anak2 kat umah ni, kalau time cam ni asyik lapar memanjang aje! Maklum dok terperap kat umah, asyik mengadap tv & komputer aje.., kejap2 lapar. Tak dibuat kang, sibujang sorang tu.. memandai kang mngodeh-godeh dan mnyerak kat dapur. Yg geramnya tu, ada aje yg nak dibuatnya kat dapur, kita balik2 keje je nengok2 berserak sakan dibuatnya!

Macam2 plan nak buat rasanya, si kakak nak mintak buatkan kek coklat siap ada toping, si adik nak muffin dan sibujang montel tu no problem, apa aje dia bedal semacam, janji perut dia kenyang! Yg fening2 lalat adalah mama dia..!! last2 nak senang kan mama dia, permintaan semua ditangguhkan dulu, mama dia buat pau jelah!
Itu yg breakfast pagi ni, makan pau dan soto daging sekali.

Pau pandan ni harum mewangi aroma pandannya, lagi sedap dari pau2 biasa, cewah! tapi betul tau tak caya boleh cuba. Pandan tu, letak pandan emulco aje, kasi lebih2 sikit baru sedap, dan tambah sikit dgn essen pandan kalau adalah.., lepas tu kasi kaler hijau epal, baru kaler dia naik, kalau harap pandan emulco aje kaler dia tak baper terang. Apa pun dipendekkan citer, pau ni memang sedap, lembut dan gebu walaupun dah sejuk. Promote habis ni..!!



Resepinya pulak ikut resepi adek Ika/Ijah di Siam nun tu! cuma tambah pandan paste je! TQ Ika ya, akak letak resepi kat sini pulak ya, jgn mare..

PAU (Gebu & Lembut)
Bahan-bahan ( 10 biji ) - akak dpt 17 biji sbb buat comei2..!
250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran - (akak tambah lagi sikit)
2g (1 sudu teh) bread softener - (x letak sbb cari2 x jumpa tah kat mana tapi still lembut!)
1-2sb pandan emulco
1sk essen pandan (optional)

1/2 cawan air suam (dibancuh dgn pandan emulco dan essen pandan)

Cara-cara
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)

Bahagikan doh kepada 10 bahagian
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan
kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu. Selamat mencuba...

1 comment: