
Kali ini nak tayang kueh bakar keledek pulak, resepinya dari BroRozan. Hari ni dua2 resepi dari abang2 jejaka kita yg terror kat dapur. Apa pun resepi2 mereka berdua memang sedap dan menjadi sangat.. kira mmg berpuas hatilah!

T/kasih buat Bro rozan atas resepi ni, minta izin letak kat sini pulak ya!
KUEH BAKAR KELEDEK (Bro rozan)
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
250 gm keledek -direbus dan lecek halus
230 gm tepung gandum
270 gm gula pasir (terasa manis sgt, boleh kurangkan jadi 250g ke..!)
4 biji telur (saiz besar)
650 ml santan pekat (akak gunakan 400 ml susu cair + 200 ml air)
½ sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi (akak ltk butter je..)
Cara:
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. (kite ltk butter) Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (akka gunakan loyang 4 segi, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.


Oooh, nampak sedap sgt nih! Love nak 3 ketul!!! pls! ;)
ReplyDeletekuih bakar mmg fav hubby!! nak kena belajar version keledek ni pulak la!!
ReplyDeleterajinnya kak buat kuih...e-na x tau nk wat pe ni utk minum ptg...mintak kuih bakar ni le sket...
ReplyDeleteAlahai kak am, cam dah terasa kt tekak nih, cam nk buat gak,,,mana nk cari keledek nih..
ReplyDelete>>Love2cook : mmg sedap tau, 3 ketoi je ke?
ReplyDelete>>ain: belajar.. ain, pas tu dah jadi cmpklah kat flora berketoi-ketoi!
>>E-na: ada sikit je mood rajin!time hujan2 ni buat minum ptg mmg ngam..amiklah tu!
>>Azura: kalau cam tu cpt2 cari keledek, gali kat bawah umah tu kot2 ada isi keledek kot!
tekstur nampak macam kuih bakar ubi kayu sikit2 kan kak...bestnye....
ReplyDelete