23 June 2009

PUDING ROTI MARBEL

Walaupun kepala asyik berdenyut-denyut aje malam tadi, tapi bila teringat 23hb June iaitu hari ini hari jadi mak maka kuatkan juga tenaga yg ada godeh apa aje kat dapur untuk bagi mak sempena birthday dia hari ini. Tak adalah yg istimewa sangat cuma salah satunya buat puding roti ni & sebiji kek. Kebetulan ada pulak belen roti Gadernia ButterScotch (yg sedap & mahal tu!) lemak2 gitu, hentam ajelah.. tapi bila dah jadi maka disejukan pulak dlm fidge, sedaplah puding ni! tapi akak buat 3 kaler nambah pulak.

Puding roti yg dah dipotong2 sebarangan je!
Resepinya cedok kat umah dik hana kita, akak copy ye hana. Memang sedaplah puding ni..tak rugi buat, lain kali boleh buat lagi.
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis!
ketika mailto:melapis@me hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

No comments:

Post a Comment