01 April 2009

PA-ES IKAN

Entah betul ke tak spellingnya, tapi yang tahu selama ni gitulah namanya kat JB ni, tapi tak tahu lak kalau kat tempat lain. Pa-es ikan ni disalut dengan rempah2 dan dibungkus dengan daun mengkudu, daunnya boleh dimakan tapi bagi yang tak biasa agak pahit2 sikitlah tapi bagus tau.. kira herba2 semulajadilah.. (cam pandai je..) tapi betul bagus untuk kesihatan. Selepas dibungkus dengan daun mengkudu tu, nak makan kenalah dikukus dulu sehingga masak. Aroma rempahnya ketika masak amboi... harum sekali. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas... memanglah tak cukup nasi seperiuk. So kita tengok rupabentuk pa-es ni bagi yang tak pernah tengok ya!

Pa-es ikan dibungkus dengan daun mengkudu dan dikukus. Boleh diletak apa-apa ikan pun tapi rasanya kalau ikan tenggiri lagi sedap kot.

No comments:

Post a Comment