15 January 2011

ASAM PEDAS JOHOR - Ikan Mayong/Ikan Duri

Assamualaikum...?
Nampak kat blog Azlita menu 'ASAM PEDAS SINGAPURA' tapi akak pulak nak letak
'ASAM PEDAS JOHOR'
Biasalah org Johor terkenal dgn Asam Pedasnya...!

Macam ya..ya.. jer ek..? Tak tahulah org2 Johor yg lain masak asam pedas macam mana..?
Tapi inilah asam pedas style akak masak selama ini terutama utk ikan2 yg agak besar macam ikan mayong/ikan duri ni, ikan pari, ikan merah dan lain2 lagilah, ada letak lada hitam sikit tapi kalau ikan2 yg lain yg kecik2 & sedang2 sikit x perlu letak lada hitam. Lepas tu.., air asam jawa kena lebih sikit, biar terasa masam sikit kat tekak, baru tak rasa hanyir ikan.
Kalau masak ikan cam ni, sedap buat pekat2... dan letak daun kesum bnyk2..
hemmm.. power gitu..!
Sesiapa nak join makan asam pedas ni jomlah..! Tapi kena bawak nasi putih sepinggan ya.., nasi kena bwk sendiri2.. heeee..! (kedekut betul tn rumah ni ek..?)
Jom kita makan ramai2 bentang tikar, dok bawah pokok kelapa menghala ke desiran pantai, hisss.. cam merepek jer kan..? Tapi betul ni, rumah mak akak memang tepi pantai tau.. seronok..! sambil ditiup desiran angin pantai yg sepoi2 gitu...
(mula ler berangan x sudah ..!)
Jom kita tengok resepi dan caranya
****************************
ASAM PEDAS JOHOR
(IKAN MAYONG/IKAN DURI)
Resepi: serojakitchen/Kak Am
BAHAN
Ikan mayong/duri 1 ekor sedang
(dipotong nipis2) - dibersihkan & diperap dgn garam & air asam jawa sebentar
20-30 tangkai lada kering* - nk kuahnya pekat boleh tambah lagi
2-3 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1" halia*
1" kunyit*
1 sb lada hitam*
1" belacan*
3 sb asam jawa
garam & serbuk perasa secukupnya
daun kesum secukupnya
CARANYA
Semua bahan yang bertanda (*) diblender hancur
Panaskan sedikit minyak di dlm periuk
Tumiskan bahan2 yg diblender tadi sehingga garing & naik minyak - sambil dikacau rata
Masukkan ikan kemudian
Perahkan air asam jawa tadi & tambah air lagi agak2 menutupi kesemua ikan tersebut
Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam, serbuk perasa
kemudian masukkan daun kesum, bairkan hingga mendidih & agak pekat sikit.
Siap utk dihidangkan..

7 comments:

  1. am..selamat pagi..nak minta semangkuk. malas nak masak hari ni..hehe ilah suka buat kari pekat yg bahagian kepala dia..ada sikit2 lemak..hehehe sedapppp... kalau tak silap mayong tuuu plotan org kedah panggillll...nama lain2 tempat..utara dan selatan..

    ReplyDelete
  2. ikan tu nampak cam goreng dulu ke kak am..nampak best la...leh try la nanti..bookmark resepi..ikan lain boleh gak kot kan

    ReplyDelete
  3. >>ilahjy : ya ke nama cam tu..? yalah kan lain tmpt lain cara & namanya kan..?

    >>izahdaut : ehh.. taklah izah, ikan tu x digoreng dulu, masak spt biasa cuma akak biarkan lama sikit atas dapor tapi kecikkan api, jadi lauk kita akan cntik kluar mnyk dan pekat2 sikit.

    ReplyDelete
  4. Salam K.Am,
    Asam pedas mmng kegemaranku..terliur je tngk asam pedas ikan mayong ni kak...yatie pun suka msk pekat dan masam kalau ikan mayong ni...laporlah pulok...huhuhu..

    ReplyDelete
  5. kita pun suka asam pedas ikan mayong nie.. nak lagi bestt kalau dapat tang telur.. perggghh sedaaaapppp.. jemput singgah blog kita..

    http://shimazahar.blogspot.com/2011/11/asam-pedas-atok-gemok.html

    ReplyDelete
  6. Assalam, mohon izin kongsi menu di atas, jazakallah

    ReplyDelete