30 June 2009

BUBUR PULUT HITAM + DURIAN

Bubur pulut hitam berdurian ni request dari youngest doter, sibuk dah lama nak makan bubur lepas bubur kacang hijau tempohari nak pulak bubur ni. Jadi ikut kan ajelah.. tak buat rasa kesian pulak. Jadi tayang photonya ajelah ya..


Tapi buat bubur ni tak guna santan cuma guna susu cair je sebab bab santan-mantan ni kureng sikit. Anak2 bukannya tahu mama dia buat cam no.. dia orang tahu makan je.. mungkin kuranglah lemaknya sebab guna susu cair. Apa pun pada akak okey je..!

25 June 2009

MASAK LEMAK PUCUK KELEDEK & SAMBAL TUMIS TELUR

Menu lunch hari ini, masak lemak pucuk keledek & sambal tumis telur hancur + ikan bilis. First time masak pucuk keledek, sebelum ni memang tak pernah makan lagi. Nampak kat pasar tani teringin pulak tapi pucuk keledek ni lain sikit daunnya halus2 tak macam yg biasa.. entahlah penjual tu kata pucuk keledek, mungkin species yg berbeza kot! Hentam jelah..
Masa atas dapur lagi hb ada rasa sedap katanya.. sebab daunnya agak lembut dari yg biasa mungkin. Nasib baik sedap.. kalau tak kena pop.. pet.. lah jawapnya!
Nak kena jodohnya maka buat pulak sambal tumis ikan bilis + telur hancur2kan dan ikan goreng. Sebenarnya malas nak tumbuk sambal belacan pagi2 ni.. tu yg buat sambal tumis je! Apa pun oklah tu kan .. agar perut anak2 balik dari sekolah tengahari nanti tak berkeroncong!

23 June 2009

KEK OREN + PISANG BERCOKLAT

Kek ini adalah sempena birthday mak hari ini, buat pun dah last minit, ada stok pisang & oren sunkist jadi main bantai taruk jelah.. dalamnya pulak letak parutan coklat. Tak sempat nak deco cantik2 kira mana yg sempat je.. sebab sebelum pukul 8 pagi tadi dah nak hantar rumah adik, nak kirim dia bagi kat mak sebab tak sempat gi rumah mak, kerja... Tu yg kelang-kabut dibuatnya!

Tengoklah tak senonoh rupanya kan.. main tabur2 je!

PUDING ROTI MARBEL

Walaupun kepala asyik berdenyut-denyut aje malam tadi, tapi bila teringat 23hb June iaitu hari ini hari jadi mak maka kuatkan juga tenaga yg ada godeh apa aje kat dapur untuk bagi mak sempena birthday dia hari ini. Tak adalah yg istimewa sangat cuma salah satunya buat puding roti ni & sebiji kek. Kebetulan ada pulak belen roti Gadernia ButterScotch (yg sedap & mahal tu!) lemak2 gitu, hentam ajelah.. tapi bila dah jadi maka disejukan pulak dlm fidge, sedaplah puding ni! tapi akak buat 3 kaler nambah pulak.

Puding roti yg dah dipotong2 sebarangan je!
Resepinya cedok kat umah dik hana kita, akak copy ye hana. Memang sedaplah puding ni..tak rugi buat, lain kali boleh buat lagi.
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis!
ketika mailto:melapis@me hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

DADIH BUAH-BUAHAN

Jamu mata pula dengan dadih kaler2 ya.. sebenarnya dah lama gak beli dadih buah-buahan ni tapi tak dibuat-buat sebab dah tersalah beli. Biasanya kat rumah ni, cuma dadih coklat & strawberry je yg anak2 paling suka, perisa lain kureng sikit. Tersalah beli tak perasan terambil dadih perasa laici itu yg terperok lama dlm stok.

Nak tak nak kena buat juga.. itu yg saje letak kaler hijau & purple jadi bila anak2 tengok mesti suka punya.. dia org ingat perasa epal hijau & yum. Itu yg kejap je habis... masing2 berebut-rebut nak kaler yg berbeza. Ha..Ha.. tipah dah tertipu..!! Bila dah makan baru tanya, mama.. kenapa rasanya lebih kurang sama??? Akak pun jawab, alah.. makan jelah.. kan sedap tu!

Sorry ya, resepinya ada kat belakang paketnya, al-maklum dadih segera..!

22 June 2009

AGAR-AGAR CENDOL

Beli cendol ni dah beberapa hari nak buat air cendol tak buat2 asyik terperok dlm fridge je, nak buat apa pun tak sure lagi, tiba2 ternampak pulak resepi agar2 cendol dari kak hanieliza, jadi try ajelah buat. Kita layan gambar2 agar2 cendol ni ok!

Separuh lagi buat dalam acuan besar senang..

Resepinya dari kak hanieliza
Bahan2

  • 10gm serbuk agar2
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 2 cwn cendol
  • 1 cwn gula merah

Caranya

  1. Agar2, air & gula di didihkan
  2. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian
  3. Satu bahagian dipanaskan dan masukkan gula merah, kacau rata hingga mendidih
  4. Masukan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras (tapi jgn keras sgt nanti adunan tak melekat)
  5. Dua bahagian lagi dimasukkan susu cair dan cendol
  6. kacau rate dan tuangkan perlahan-lahan atas adunan gula merah tadi
  7. Sejukan dan simpan dlm fridge boleh dihidangkan

PISANG LAGI

Salam utk semua, dah lama juga tak berN3 , entahlah.. masak memang hari2 ada masak cuma tak rajin nak ambik gambar kot! lagi pun masak pun biasa2 je.. malas pulak nak N3 kat sini. Ha.. ni apa hal lak dgn pisang ni, hai! dah kata dah, kat rumah ni memang murah rezeki dgn pisang... baru lepas habis buat menu2 yg berasaskan pisang tup..tup dtg lagi pisang, banyak pulak tu! Tak baik kan, dah rezeki terima jelah kan! hb bawa balik dari masjid lagi bnyk pulak hamba allah yg hantar pisang kat masjid, tu yg tak terhabis hingga ahli2 masjid kenalah bawa balik sorang sikit.

Ha.. tengah dok menong ni, fikir apa nak dibuat dgn pisang ni, semalam dah buat Banana pancake (selalu sgt dah buat), sayang pulak kalau nak dibiarkan gitu je..! pisang montel lak tu.. bukan main besar lagi..! Nak buat kek, rasanya dah selalu gak buat kek pisang ni.. Entahlah ya! Nampaknya kena selongkar kat MYR lepas ni..

17 June 2009

APAM BALIK

Sebenarnya dah lama juga beli jagung dalam tin utk buat apam balik asyik dok terperap je tak dibuat-buat. Malam tadi ada angin rajin sikit maka cuba jugalah buat, walaupun rupanya taklah secantik apam2 balik kat luar sana tapi rasanya sikit ada juga!! Bolehlah... tak mencuba tak tahu kan..? Yang penting apa di buat dah beres, licin dah dimakan anak2. Selamat... kira tak membazirlah jawabnya!

Buatnya taklah susah sangat simple dan ringkas je.. sesiapa nak mencuba bolehlah try resepinya spt berikut ok. (sorry, akak copy dari Hana je ya!)

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air- (hana gune susu segar)
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar, gula, jagung cream

Cara-cara
Mesin@blend gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)- adunan agak pekat bkn cair yer!
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. sapu ngan mentega@planta utk lebih berkilat dan tak kering.

MEE HOON GORENG

Hanya menu simple dan biasa2 je.. untuk sarapan sekeluarga. Mee Hoon goreng dicampak sedikit potongan carrot. Rasanya dah kekeringan idea untuk berceloteh.

16 June 2009

ROTI LAPIS DAGING

Disebabkan masih ada stok roti yg terpaksa segera di langsaikan maka jadilah roti lapis daging ni. Sebelum ni dah pernah buat juga tapi agak terlembik sikit susah nak dipotong. Tapi yg kali ni nampak ok pulak, kebetulan kedua pengantin hari itu nak berkunjung lak kat rumah maka dapatlah dia orang merasa ... kira dah rezeki dia orglah!

Resepi ni dulu ambik kat rumah ummi
Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang (akak guna daging kisar ramly)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka) -akak tak letak
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

15 June 2009

TAU FU FA

Tau Fu Fa ni buat sebab jiran sebelah rumah bagi air soya panas banyak sangat, dia beli 2 termos dan 1 termos tu adalah dlm 11 litre lebih kuranglah, satu termos tu dia bagi akak. Tu yang puas sangat semua minum air soya hari2.. sebab dah bnyk sangat air soya tu yg buat tau fu fa ni!

Dimakan sejuk2 memang sedapnya...!
Resepinya follow dari kak fida-MYR
1 liter air soya
2 1/2 sk agar-agar powder
Caranya
Air soya & agar2 dimasak hingga mendidih
(sambil dikacau rata)
Setelah mendidih angkat dan dituang dlm acuan yg digemari
Setelah agak sejuk simpan dlm fridge
Air Gula
masakkan gula melaka & daun pandan + sedikit air hingga mendidih
(Boleh dihidang bersama tau fu fa tadi)

POP CORN

Akhirnya menjadi juga projek pop corn ni, sebenarnya jagung kering dah 2 minggu dlm stock tapi tak dibuat-buat sebab confius takut tersalah. Tapi nekad cuba juga alhamdullilah.. jadi nampaknya, maknanya betullah jagung kering tu.. utk buat pop corn punya!
Anak2 apa lagi bukan main sukanya mereka bila buat pop corn ni.. time tu gak habis!
Resepinya copy kat umah hana, akak copy je ye!
Bahan-bahan
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya
garam secukup rasa
Karamel
1 sudu mentega/margerin
3 sudu besar gula pasir (ikut suka byk mana pop corn yg ada)

Cara-cara
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
Taburkan garam secukupnye. - jika wat perisa ori.
Utk perasa karamel - panaskan butter/marjerin, masukkan gula.. hana tmbh skit madu. kacau hingga gula agak2 hangus. api jgn besar yer! tkt hangit! tutup api.pastu masukkan popcorn yg dh siap tadi. kacau rata. siap!

12 June 2009

AYAM CHILI POWDER

Chili powder(3 sb) + kicap lemak manis + chilli sources, semuanya dicampur dan digaul rata. Potong bawang bulat2 di tumis dgn sedikit minyak hingga layu. Lepas tu masukkan bahan yg telah digaul tadi dan masukkan ayam yg telah digoreng. Letak garam & perasa secukupnya & sedikit air, biarkan sehingga masak. Kemudian bolehlah dihidangkan. Resepinya main campak2 & agak2 je jadi tak ada sukatan yg tepat, sebab senang je!

11 June 2009

BANANA'S PANCAKE-2

Kembali dari kedah tempohari lama dapur tak berasap, cuti panjang!
Ada pulak jiran bagi pisang apalagi buatlah banana pancake ni. Suka pulak anak2 makan, berselera benar nampaknya!
Resepinya ada disertakan sebelum ini.

LAKE TOWN RESORT, BUKIT MERAH

Amalina & iman sibuk nak ajak bergambar, time tu si adiknya entah merayap kat mana ikut cousin dia.
Dalam perjalanan ke kedah tempohari, kita org berhenti rehat dan solat magrib di Lake Town Resort, Bukit Merah. Time tu, hari pun dah gelap jadi tak dptlah meninjau pemandangan di situ. Cuma pada malam tu, ada persembahan gelung api kat resort tu.. tapi akak tak berminat nak tengok hanya anak2 dan bapak anak je pi tengok. Akak dan amalina (my 1st doter) gi round2 kat kedai yg jual sourvenior. Biasalah kan, anak2 mesti nak beli punya untuk dihadiahkan kat kawan2 mereka kelak.
Amboi! anak dara ni bukan main posing sakan.

Kononnya si iman tak nak diambil gambarnya, tu yg nak gi lari ... tapi kena kepit dgn abahnya


Amalina & cousinnya shahira

10 June 2009

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DI KEDAH - 2


Inilah pasangan mempelai dimana yg perempuannya adalah anak sedara hb

Ha.. yg ni pulak bukan pengantin tau.. tapi bapak sedara pengantin (my hb). Dah kekenyanganlah tu.. maklum hidangan istimewa dari org kedah.

Hidangan special dari org kedah, bnyk. sungguh lauk-pauk yg disediakan hingga tak termakan dibuatnya!

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DI KEDAH

Rombongan dari JB dtg ke kedah rumah pengantin lelaki di Tmn Wira Mergong, Alor Star, Kedah.

Anak2 gadis membawa brg hantaran ke rumah pengantin lelaki

Kedua mempelai bersanding atas pelamin bertemakan biru kaler

Barang2 hantaran dari pihak perempuan

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DI KEDAH

09 June 2009

ROMBONGAN KE KEDAH - RUMAH PENGANTIN LELAKI

Salam untuk semua, alhamdullilah kembali bersua lagi setelah beberapa hari bercuti kerana mengikuti rombongan kakak ipar ke kedah sebelah pengantin lelaki pada 06/06/09 (sabtu), bertolak pagi dan tiba di Legend Hotel Crystal (kalau tak silaplah) dlm pukul 11.00 mlm. Majlis sebelah lelaki pada 07/06/09 (Ahad). Jadi kita semua bermalamlah di hotel tersebut.


Kakak ipar sewa bas persiaran dan yg ikut sama hanya family sebelah hb, penuh satu bas dengan anak2 & family masing2. Anak2 sememangnya seronok & suka sangat maklum dpt berjalan jauh time cuti2 sekolah ni.

Tengok tu..hb tekun membaca metro, walaupun kat luar tu dah gelap dah! Dah letih sebenarnya...

Adooi.. lepaknya tak terkata, al-maklumlah jarang travel begini jauh, mana taknya dari selatan ke utara! jauh tu.. sengal2 rasa badan dibuatnya sebab perjalanan hampir 15 jam lamanya.
Rasanya dah lama tak ke sebelah utara terutama kedah ni, dulu2 pernahlah pergi sekali itu pun lama dah hampir 20 tahun yg lalu. Segalanya telah bnyk. berubah!

Adik & kakak siap posing dalam bilik hotel

05 June 2009

APAM PISANG

Apam pisang ni pun buat 2 hari lepas, tak dpt nak N3 line tenet problem je!
memang gebu dan lembut sangat apam ni, sedap!

Ni nak tayang betapa naik menggunungnya apam pisang ni, bila buka je periuk kukus terperanjat gila dibuatnya tapi nasiblah tak gila ye! Ingatkan macam apam2 yg biasa buat sebelum ni, tapi lain rupanya letak sikit pun dia punya naik melambung tinggi.. tengok tu sampai terkeluar-keluar dari acuan!
Bila dah naik sesangat-nya jadi tak cantiklah rupa-parasnya kan.. kira dah ter-over weightlah kan!
Ambik resepi kat umah nekpp, pernah juga nmpk kat umah ain pun ada, cantik molek je orang punya. Tapi tak pe.. lain kali boleh tahu kan.. boleh adjust2 lagi!
Resepinya kejap ya, mana pulak cari2 tak jumpa pulak!