27 August 2009

TELUR KUKUS

Nmpk resepi telur kukus ni kat rumah Nina, macam teringin pulak nak mencuba, lagi pun x susah sgt pun. Buat utk makan sahur, semuanya heran apa benda ni..??? Mula2 dia org ingatkan tahu! Ok juga, sedaplah pada tekak akak!

Spt. biasa akak copy je ya Nina! Thanks for this receipe.

TELUR KUKUS
Bahan
2 biji telur
3/2 cawan air (akak ltk 1/2 cwn je)
1 sudu kecil tepung jagung (akak ltk 1sb)
1 sudu kecil serbuk secukup rasa "Maggie" (x ltk out of stock)
1 sudu kecil lada sulah ( ltk serbuk lada hitam)
sedikit halia - cincang halus (yg ni x ltk)
daun sup - cincang halus
udang - kopek kulit
nak pedas leh cincang cili merah (x letak)

Sosnya:
2 biji bawang putih - di ketuk
2-3 biji chili padi (akak tambah)
2 biji bwg kecil (akak tambah)
soya sos - yg cair (akak ltk sos tiram je)

cara utk sos:-
tumis bwn putih dgn sedikit minyak, pas tu tuang soya sos. tambah sedikit air. tambah sedikit perasa.. siap..
Cara (utk telur):-
satukan kesemua bahan, jangan pukul sampai bebuih, asal sebati
sapu minyak pada acuan. tuang adunan telur dalam acuan.- pas tu kukus la.. haku kukus atas kuali jer..- dah masak tu.. telangkupkan kat pinggan..- tuang sos. pas tu tabur kat atas telor bwg goreng.

1 comment:

  1. lawanya telur kukus tu di dlm ramekin itewww!!!

    ReplyDelete