18 August 2009

PUDING/AGAR2 KOKO

Nak kata agar2 ke puding pun x tahu dah.. last2 dua2 sekali lah sebut senang..! bahan2 pun semua dah ada apa lagi bab agar2/puding ni memang suka sgt.. so cepat jelah jalan projek ni..dan cepat juga licinnya! Susu cair ada tapi malasnya nak buka jadi bantai fresh milk je, tu yg cair semacam je kuahnya, letak peach je dan biar bertapa dlm peti sejuk kejap bagi dingin2 gitu, ha..pas tu apalagi ngaplah.. sejuk2 memanglah laju je..
Sesapa belum mencuba lagi trylah.. sedap tau! sejuk je anak tekak...

spt biasa dan selazimnya bab mengopy ni bagilah kat akak.. cepat je! sebab nak menaip kureng sikit sebab ada bnyk lagi benda yg nak ditaip..cewah! (walhal memang malas benornya!) Jadi thanks buat ummi, tumpang copy ya..ummi!

PUDING /AGAR2 KOKO

Bahan-Bahan:-
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu tepung
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung
4 1/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk Jelly Konyakku
3 camca besar mentega
Bahan Lain:-
Susu cair secukupnya
Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya (*bantai peach je)

Cara membuatnya:-
Satukan semua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan wisk sehingga semua larut.
Tapis adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga hingga bancuhan menjadi pekat. Padamkan api.
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan.
Tuang ke dalam acuan kegemaran dan biarkan beku lebih kurang 1 - 1 1/2 jam.
Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...(kita guna fresh milk je)

2 comments:

  1. sedap ni utk juadah berbuka ranmadhan nanti!

    ReplyDelete
  2. kak bekas puding tu pong lap2 jugak ye,hihihihi

    ReplyDelete