23 July 2011

TEMPAHAN


Sebelum kita lihat tempahan utk minggu ini, apa kata kita sejuk2 kan pandangan mata dgn keindahan bunga2-bungaan dulu ya.. sebagai selingan kejap..!


Apa nama bunga pun tak tahu cuma tahu snap aje kat kg semalam.


**************************************

TEMPAHAN HARI INI - 23/07/2011
Utk petang ini..



Masih lagi dengan tempahan pulut kuning & rendang ayam.
Kali ini tempahan dari Pn. Noraishah (jiran setaman)
Terima kasih...

****************************************

Juga Tempahan hari ini - 23/07/2011 (11.00 pagi)



100 biji apam beras

Talam Seri Sarawak

Talam Gula Merah

Tempahan di atas dari Pn. Azizah utk dibawa pulang ke kg petang ini ada kenduri katanya.
Terima kasih banyak2...

**************************************

Tempahan pagi ini juga (23/07/2011) iaitu 300 biji apam Polkadot


Jenuh sungguh mengedot & dot...! Bila dah bnyk2 sangat mulalah terasa jemu gitu...
Apa pun alhamdulillah... dpt juga di siapkan akhirnya...


Lepak jangan cakaplah..., terasa berpinar biji mata asyik mengdot jer..! heee...

**************************

TEMPAHAN SEMALAM - 22/07/2011 (Jumaat)
Tempahan utk petang semalam juga dari Pn. ...??? (maaflah terlupa pulak nama) dari
Taman Pulai Indah, J.B. (jauh juga tu..)
Tepat pukul 3.00 petang berjumpa di Tesco Seri Alam, pulut kunig + rendang ayam utk hari jadi anak bujangnya


1 set pulut kuning & Rendang ayam



Terima kasih...!

******************************

TEMPAHAN 22/07/2011 (Sabtu)


Apam Beras & 70 biji apam polkadot dari Pn. Intan


Terima kasih buat semua...

*********************************************


TEMPAHAN utk Khamis (21/07/2011
Apam polkadot bertema unggu/putih, ini juga dari Noraishah (jiran belakang rumah)


Terima kasih Noraishah...


19 July 2011

TETIBA.. TERINGINLAH PULAK NAK MAKAN BENDA-ALAH NI..!!!


Mula2 tanak/kukuskan pulut & hidangkan macam kat atas ni...


Asyik tayang tempahan aje.. apakata kali ini kita layan menu yg satu ini. Kali ni kena layan tekak sendiri pulak..
Sebenarnya tak tahulah kenapa tetiba macam teringinlah sangat nak makan benda-alah ni, mentang2lah sekarang ni memang tengah musim durian maka bertambah membaralah keinginannya.

Sebelum terkempunan jom kita cari durian yg tengah bersepah kat merata-rata sekarang ni.. & cepat2 godeh kat dapor apa yg patut dan jom kita layan tekak dengan 'SERAWA DURIAN'..! heeeeemmm.. sedapnya...



Step yg berikutnya.., letak kuahnya kat sebelah pulut...



Lepas tu lagi... kita kasi tuangkan sikit kat atas pulut tu ya..! Biar agak2 sedikit meleleh...


Seterusnya tuang.. dan tuangkan lagi.... sampai terus meleleh...


Lagiii.. dan lagiii.. sampai meleleh terus & melimpah..!! ha..ha...



Tengok tu.. kuah dia dah meleleh & banjir sakan..! jadi apa tunggu lagiiii..???? ngaplah...! hemmmm.. sedapnya..!!!!

Sesiapa yg agak2 terkecur & nak meleleh air liur tu sorrylah ya..., g cari durian cepat...!


Bukanlah nak mintak puji.. tapi dah sahlah memang tersangatlah sedapnya..! ha..ha..
sebab dah lama tak makan serawa durian ni..., lepas ni alamatnya beranginlah satu badan ya..! penangan pulut punya hal, heee...


Sesiapa nak mencuba serawa durian boleh cuba resepi yg dicopy dari Cik Mat
Minta izin letak kat sini ya..

****************************************

RESEPI SERAWA PULUT DURIAN
(Sumber : Mat Gebu@tiffinbiru.com)
(Sumber : am@serojakitchen)

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...



Bertambah enak bila dimakan ketika minum petang bersama teh 'o' panas..
pehhhh... slurpppp...!!! tak terkata nikmatnya...


17 July 2011

MODEL APAM POLKADOT & TEMPAHAN

kita layan dulu model apam polkadot ni ya..!

Kedua-duanya adalah anak sedara yg tengah nakal & lasak sangat... ibu mereka ada appointment dgn doktor jadi tumpang kat rumah sekejap tapi yg adiknya kat atas ni (Nur Syaza Liana) sempat mengacau maklong dia tengah buat apam ni, selamba je dia mengisi adunan ke paper-cup, menjerit mak long dia..!

Ni kakak dia si Nur Elida Sofea sempat juga berposing dgn apam polkadot mak long dia...!

*************************


Oklah spt biasa kita tinjau2 tempahan minggu ini selama semiggu sudah..
Sekarang ni tuan rumah seminggu sekali baru berpeluang utk update blog.


TEMPAHAN 17/07/2011 - Ahad
Masih lagi dgn tempahan pulut kuning & rendang yg kini tengah hot, boleh dikatakan berderet-deret pulak tempahan utk pulut kuning ni..! Ramai juga peminat pulut kuning ya...

Rendang Daging & Pulut kuning

Kali ini tempahan dari Pn. Latifah dari Singapura yg inginkan pulut kuning & rendang daging
Di samping itu ada juga tempahan puding marble (tapi lupa nk ambik gambar)
Spt biasa bertemu di Tesco Seri Alam pada pukul 11.00 pagi, tapi mr hb yg tolong hantarkan sebab tengah sibuk menyiapkan tempahan org lain ketika itu.
Terima kasih banyak..!

**************************************

TEMPAHAN 16/07/2011 - Sabtu

Terima call dari Balkis dari Bdr Seri Alam juga yg inginkan Muffin Coklat Chips utk majlis kenduri yg akan di adakan pada pukul 8.00 mlm

Sebelum ini Balkis juga pernah menempah dari akak, sempat juga Balkis mengundang akak sekeluarga ke majlis tersebut. Rupa-rupanya majlis hari jadi anak bongsunya, kira sempat juga berramah-mesra & menjamu selera dgn Balkis & keluarganya.
Sebenarnya Balkis akan berhijrah ke Bahrin tak lama lagi.. kerana mengikut suaminya yg bertugas di sana. Moga selamat berangkat ke sana ya..!

*****************************


TEMPAHAN 16/07/2011 - Sabtu

Spt. biasa tempahan dari Pn. Intan, 100 biji apam polkadot

Ramai peminat apam polkadot ni di luar sana...!

*******************************


JUGA TEMPAHAN 16/07/2011 - Sabtu



Kek Coklat Moist dari .. (terlupa lagi namanya?)
Maaflah ya.. tempahan dari Tampoi Indah, J.B.

***********************************************************

TEMPAHAN 15/07/2011 - Jumaat

Peminat pink/putih lagi..!

Ini pula tempahan dari regular customer yang sentiasa ada saje tempahannya iaitu dari Pn. Ziela
Kali ini Ziela inginkan Bingka Ubi (Gula Merah) 2 kotak & 100 biji apam polkadot (pink/putih) utk majlis kenduri di rumah saudaranya.
Thanks Ziela...!

*******************************************

TEMPAHAN 14/07/2011 - Khamis

150 biji apam polkadot, juga masih dgn apam polkadot lagi tempahan dari...????
Alamak terlupa pulak.. dah bnyk2 sampai tak teringat namanya. sorrylah ya..!

*******************

TEMPAHAN 14/07/2011 - Khamis

Tempahan pulut kuning + rendang ayam lagi..
Dah dua kali Anis & family menempah pulut kuning ni utk makan2 sekeluarga.
(Anis classmate Amalina, terima kasih Anis & family)

Hantar ke rumah Anis yg dok area Bdr Seri Alam juga, dlm pukul 6 ptg gitu..!

*****************************


TEMPAHAN 13/07/2011 - Rabu

Apam Polkadot pink/biru sebanyak 100 biji, juga utk Pn. Intan


********************

Tempahan kek b'day dari cikgu Suhaila SMK Seri Alam 2, utk harijadi anaknya yg berusia 5 tahun.

Cheese Cake utk Aina...!

Terima kasih Pn Suhaila & maaf kerana keknya ada kekurangannya..



11 July 2011

PULUT KUNING LAGI & TEMPAHAN MINGGU LEPAS



Tempahan Ahad - 10/07/2011

Sebenarnya Mis Aris dari KL dah lama menempah 3 kotak Brownies Coklat utk majlis tertentu.
Beliau akan turun ke JB pada pagi Ahad dan kita org bertemu di Jusco Tebrau City seperti mana yg dijanjikan. Sebelum ini pun beliau pernah membuat tempahan yg berderet dari akak.
Terima kasih Mis Aris jumpa sekejap aje.., suka tengok anak2 beliau, comel2 belaka..!

******************************************************************

Tempahan Sabtu - 09/07/2011
Tempahan Pulut Kuning & Rendang Ayam Lagiiii..!



Lagi tempahan pulut kuning & rendang ayam tapi kali ini rendang ayamnya dari 2 ekor ayam.
Tempahan utk hari Sabtu ptg dari Rohaya yg tinggal di Pasir Gudang, yg mana beliau juga pernah menempah brownis sebelum ini.

Tapi kali ini Rohaya nak menempah pulut kuning + rendang ayam pulak
Terima kasih rohaya, maaflah ya akak tak dpt jumpa tempohari sebab sedang sibuk menyiapkan beberapa tempahan lain hari itu.

**********************************************************

Tempahan Sabtu (6 ptg) - 09/07/2011

Tempahan Apam Polkadot dgn tema kaler Pink Putih/ Putih Pink utk menghadiri majlis kenduri petang itu. Mungkin Hidayah ni.., peminat pinkkan..? heee...
Terima kasih juga buat Hidayah officemate mr hb


**********************************************************


Tempahan Sabtu (ptg) - 09/07/2011

Lagi dan lagi tempahan kek coklat moist dari Anis & family (kawan sekelas Amalina)
Dah beberapa kali juga Anis menempah kek coklat moist cam ni.., thanks Anis..!

***************************************


Tempahan Khamis (pagi) - 07/07/2011

Cup Cake utk Anis

Lagi tempahan dari classmate Amalina iaitu Anis
10 biji cup cake utk dihadiahkan kpd rakannya.
Terima kasih Anis.., harap berpuashati hendaknya..!