02 February 2012

LEMAK PUCUK UBI




Menu tengahari ini simple aje maskan kampung " Pucuk Ubi Masak Lemak" bersama 
geng-gengnya iaitu ikan masin (ikan sepat), sambal belacan dan juga ulaman timun.
Lama rasanya tak masak pucuk ubi masak lemak macam ni...!

Masak lemak pucuk ubi kali ini style kampung2 dulu masa kecik2 dulu mak dan nenek suka masak style macam ni iaitu warnanya merah2 sikit sebab letak cili kering.

Kalau dulu2 juga ada orang masak lemak pucuk ubi letak sedikit rebusan kacang hijau tapi sekarang ramai yang dah tak suka letak atau mungkin juga malas nak merebus kacang hijau sebab ambik masa juga nak empuk.
Ada juga yang suka masak guna cili padi jadi warnanya putih kehijauan bila dah dicampurkan santan.  
 Walau apa pun cara masakannya namun pucuk ubi masak lemak tetap sedap dan menyelerakan ditambah lagi dengan sambal belacan dan ikan kering serta ulam-ulaman.



LEMAK PUCUK UBI 
(Resepi : am@serojakitchen)

Bahan-bahannya

Bahan dikisar
3-5 tangkai lada kering
1 biji bawang besar
1 cwn ikan bilis - nak lebih pun boleh

1-2 cwn santan pekat
Air secukupnya 
(ikut bnyk mana kuah yg kita nak, tapi jgn terlalu bnyk air nanti cair pulak)
sedikit garam
sedikit perasa - (jika suka)


Caranya
Lurutkan daun pucuk ubi dari tangkainya dan di kerat-keratkan sikit di cuci bersih dan direbus sehingga betul-betul empuk.
Setelah empuk buang air rebusan tadi dan masukan bahan yg telah di blender tadi, bersama santan dan tambahkan sedikit air (ikut bnyk mana kuah yg kita nak)
 Masak hingga mendidih sambil sambil dikacau dan masukkan sedikit garam & bahan perasa (jika suka) - dikacau lagi supaya santannya tak berkepala.
Biarkan sehingga masak dan tutup api...



5 comments:

  1. mas kalau balik kampung...
    mesti petik pucuk ubi buat masak lemak..
    memang sedapp...

    ReplyDelete
  2. assalam am...lama betul kak ham singgah ke sini.....lemak pucuk ubi akak ratah je....sedapppppp

    ReplyDelete
  3. assalam kak am,
    waduh lamanya kita tak singgah sini..dan lama juga akak tak berupdate ya..eh ke kita aje yang ketinggalan kak???
    waduh lauk kmapung sedap ni kak..boelha bertamabah nasi satu peiruk pun no problem ni kak..

    ReplyDelete
  4. >>mas: wah, senanglahmas main petik jer bila nak masak pucuk ubi, akak petik jugak tapi petik kat pasar tani jer, hee..

    >>k.ham : w'salam, mmg sedap kak kalau meratah semagkuk pun x cukup..

    >>ayu: yalah adakala lama gak x berupdata ayu, bila mood malas dtg tapi bila mood rajin ada hari2 pun x per, menu kg mmg menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. Assalam, mohon izin kongsi menu di atas, jazakallah

    ReplyDelete