07 December 2011

BINGKA SUKON



Assalamualaikum...!
Lama tak dapat update menu2 masakan mahupun kueh-mueh sejak masa & waktu tidak mengizinkan.
Namun di sebabkan keterpaksaan maka barulah keluar menu masakan ya..!
Sebenarnya ini pun kerana ada trajedi buah sukon yg telah dibeli beberapa hari tak sempat di goreng sehinggalah naik lembik isinya, mulanya niat hati nak digoreng dibuatkan jemput-jemput aje entah macam mana terlebih rajinlah pulak maka terjadilah bingka sukon ni.
Pernah buat sebelum ini dan ada beberapa rakan bloger yang pernah juga mencuba dan memang sedap dengan harum bau wangi sukon yang dah memang masak-ranum, tak percaya bolehlah mencuba ya..!

Tapi kali ini merajinkan diri, separuh dibakar di dalam bekas mufin dan separuh lagi dalam loyang. Nak lagi sedap bakar biar agak garing2 gitu... kira warnanya pun tengoklah tu.. agak gelap2 sikit.

Beginilah rupa bingka sukon bila siap dipotong berwarna kekuning-kuningan gitu..


Ini dia wajah/rupa Binga Sukon yg dibakar di dalam loyang

Sebelum ini juga pernah disertakan resepinya tapi tak apalah kat sini di letakkan lagi utk rujukan semua yang ingin mencuba.


KUEH BAKAR @BINGKA SUKON
(Sumber: am@serojakitchen)

Bahan-bahannya
450-500g buah sukon [yg dah agak lembik & tak boleh digoreng]
(dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
4 biji telur
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan (santan kotak 'KARA')
150ml air
1 sk (sudu kecil) garam
sedikit vanila (optional)
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan utk tabur (jika suka)

Caranya
Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentel atau
boleh juga diblender
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
(kalau utk loyang lebih baik alaskan dgn kertas minyak & lenserkan majerin-utk senang dikeluarkan kelak)
Tuangkan adunan & tabukan bijan
Panaskan oven terlebih dulu dan bakar dgn suhu 180°c (ikut oven masing2) sehingga40-45 minit atau nak lebihkan garing pun boleh..
(tapi kalau bakar dlm bekas muffin kurangkanlah sikit masanya lama sangat nanti rentung pulak..!)
Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. Selamat mencuba..!


2 comments:

  1. Aslmkm Am. Wah2 bingka sukun ni nampak lebih sedap dari bingka labu Along, garing2, tambahan pula Along peminat sukun. Tapi takpnh pula ada jumpa jual sukun masak.

    ReplyDelete
  2. >>along: mmg tak ada jual sukon masak along tapi kita biar dia beberapa hari lembiklah dia..

    ReplyDelete