03 July 2011

TEMPAHAN MINGGU INI...!!!!


Assalamualaikum.. semua..!
Amboi..! Lamanya tak menjengah rumah yg satu ini, disebabkan kesibukan yg teramat sangat beberapa minggu berturut-turut ni maka beginilah jadinya.

Kita tinjau2 ajelah ya cerita2 yg lepas2 terutama seminggu ini dgn tempahan2 yg diterima dan beberapa tempahan2 yg tuan rumah buat yg konon2 nya sibuk sangat tu..!


TEMPAHAN 03/07/2011 (Ahad)


Sebenarnya tempahan Blueberry cistat ni dari sepupu-sepapat sendiri, yg da lama tak makan cistat kata mereka jadi teringin nak makan lagi. Dia orang dah minta dibuatkan utk hari Sabtu (semalam) tapi disebabkan sibuk menyiapkan beberapa tempahan lain maka taklah menyempat jawapnya.
Itu yg di transfer ke hari ini (Ahad), pun boleh jugalah kata dia orang. Terima kasih semua..
Itu yg pagi2 lagi dah menghantar kat rumah dia orang sebab kira dah terlewat sehari, sorry ya..!


Cistat ni ditempah oleh kesemuanya sepupu tuan rumah..

Wahidah - 40 biji
Wirday (Ayu) - 30 biji
Adam - 40 biji
(3 org ini adik-beradik yg memang antu cistat..! heee...)
&
Liya - 20 biji
(Liya ni.. 2 pupu, juga berantu dengan cistat, jgn marah ya..! yg benarkan? heee..

****************************************

TEMPAHAN 02/07/2011 (Sabtu)

Mini Coklat Moist 30 biji tapi tn rumah packing ada 36 biji.

Talam Keladi


TEMPAHAN 02/07/2011 (Sabtu)

Tempahan dari kenalan blog yg juga blogger terkenal juga cewah..! Iaitu dari Pn 'N' yg bergiat aktif dgn bisnes insurannya.
'N' menempah Talam Keladi seloyang & Mini coklat Moist sebnyk 30 biji
Dalam pukul 6 ptg menghantar di kedai beliau yg terletak di Kota Masai, itu pun pusing punya pusing mencari kedai 'N' sb kita taklah mahir sangat area Kota Masai ni, tapi sayangnya tak dptlah nk sembang2 lelama dgn 'N' sb nak berkejar balik cepat.
Terima kasih bnyk2 'N'...!

Tak lama lepas tu, 'N' sms, sedap katanya lain kali nak tempah lagi..! Thanks 'N'..

************************************************************

TEMPAHAN 02/07/2011 (Sabtu)

Lagi tempahan utk hari yg sama juga tapi hantar tengahari.
Spt biasa tempahan dari Pn Ziela kita, yg dah terlalu kerap menempah dari 'serojakitchen'.
Ziela menempah 2 kota Bingka Ubi (Kuning), 1 kotak Bingka Ubi (Gula Merah) & sebiji Kek Coklat Moist
Fuhhh..! Berpeluh-peluh juga nak menyiapkan tempahan2 semua ini yg kebetulan pada hari yg sama.
Apa pun terima kasih tak terhingga juga buat Ziela.




Kek coklat Moist simple deco, kata Ziela khas utk anak2 buahnya yg ramai...! heee..

***********************************

TEMPAHAN 02/07/2011 (Sabtu) lagi..


Ada lagi tempahan hari yg sama juga dari Pn Rahmah yg tinggal di Perling, Johor.
Selepas office hour (tengahari) beliau dtg ke Tesco Seri Alam tempat yg dijanjikan utk mengambil tempahan beliau iaitu 'Banana Cup Cake' sebnyk 50 biji utk majlis kenduri di rumah abangnya.
Thankssss.. Rahmah..! Nice to meet you...

*********************************************************

TEMPAHAN 01/07/2011 (Jumaat)


Lagi dan lagi... tempahan 'Kek Coklat Moist' dari SMK SeriAlam 2 utk makan2 satu office katanya.
Terima kasih semua...!

***************************************


Juga.. TEMPAHAN 01/07/20011 (Jumaat)
Deretan tempahan dari Pn. Bahariah yg bertugas di Jabatan Pelajaran Johor.


Tempahan hari Jumaat juga diminta hantar pagi iaitu dalam pukul 8.00 pagi di pejabat beliau.
Apa lagi berkejarlah pulak pagi2 ke J.B. nasib baik jln tak berapa jam, kira sampai tepat pada masa yg dijanjikan. Alhamdulillah...!




Pn Bahariah menalipon, katanya terliur tengok 'Brownies Kukus Cheese' yg ditayang minggu lepas.
Selain daripada itu beliau juga menempah 1 kg Roti Jala + Kari Ayam (terlupa lagi nk snap)
Juga Bingka Ubi (Kuning) sekotak dan apam dot2 sebnyk 150 biji.
100 biji utk makan satu office bersama staff2nya dan yg 50 biji lagi (purpple colour) utk diberikan kpd seseorang.



100 biji apam dot2

50 biji purple colour
Terima kasih Pn. Bahariah...!!!!

*************************************

TEMPAHAN HARI JUMAAT LAGI...


150 biji Blueberry Cistat dari Azie, terima kasih Azie...


***********************************************************

TEMPAHAN 01/07/2011 (Jumaat) lagiiiii...
Hantar tengahari sebelum solat Jumaat...


Ini dia 'Pulut Kuning + Rendang Ayam' yg ditempah oleh Suraya yg bertugas di Hitachi Chemical, Pasir Gudang, Johor.
Oleh kerana tn rumah nama jer dok area sini tapi kalau tempat2 area Pasir Gudang memanglah bler.., memang tak tahu. Itu yg berpusing-pusing juga mencari kilang Suraya.

Suraya kata, dia teringin sangat nak makan pulut kuning kebetulan ternampak pulut kuning yg ditayang kat blog ni utk tempahan minggu2 lepas, itu yg semakin berkorbarlah Suraya utk menempahnya.

Selain itu, Suraya juga nak merasa Binga Ubi (kuning), semua tempahan ini katanya utk makan2 kat office bersama kawan2nya.

Tak lama selepas menghantar tempahan tersebut, suraya sms katanya, Akak pulut kuning + rendang ayam & juga bingka ubi tu.. sedap sangat..! Nanti nak tempah lagi...!

Kebetulan pula b'day beliau pun jatuh pada 2-3 hari sebelum tarikh tempahan ini dibuat.
Akak ucapkan 'HAPPY B'DAY SURAYA...!!!! dan terima kasih..

*********************************

TEMPAHAN JUMAAT LAGIIIIIIII...!


100 biji Apam dot2 utk di pos ke Shah Alam, Selangor.
Sebenarnya bab pos-mengepos ni akak tak berapa gemar sebab bimbang risiko yg terpaksa dihadapi spt lewat sampai atau pun rosak.

Tapi disebabkan Siti Fadhilah teringin mencuba apam dot2 ni maka akak pun cuba juga mengeposnya. Thankss.. siti..!


************************************

Spt. biasa tempahan dari Tesco Seri Alam utk hari yg sama.

100 biji Apam Dot2..


3-4 hari ni terlalu sibuk dgn tempahan yg berderet jadi tuan rumah macam nak tumbang heee... tapi nasib baik tak jatuh tertonggeng sb tak cukup rehat & tidur.
Maka hari ini nak cover tidur & rehat yg dah tertunggak tu..!
Bestnya dpt rilex2 dan landing timeee....!!!


2 comments: