28 February 2011

CREAM PUFF

Geram bila tengok cream puff yg gebu2 dan montok2 belaka. Pernah juga cuba buat sebelum ini, itu pun atas tempahan seseorang. Maklum benda yg tak pernah dibuat tetiba buat biasalah ada aje kesilapan & kekuranganya.. lepas tu lama dah tak pernah buat2 lagi.. jadi macam manalah nak jadi ok..!

Tapi dlm minggu ini juga terpanggil utk membuat cream puff lagi sebab ada tempahan juga dari singapura, walaubagaimana pun cuba jugalah, adunan yg pertama tu jadi juga cuma agak kurang memuaskan, disebabkan tak puas-hati.. buat adunan kali kedua nasib baik jadi bolat2 dan naik cuma nak kena tanya pakar cream puff jugaklah. Kenapa ya bila sejuk cream puff ni jadi lembik..? atau memang begitu keadaannya yg sebenar bila dah sejuk..?
Siapalah pakar cream puff ya..?


Layan ajelah gambar2 cream puiff ni ya..
Bagi yg mahir & pakar bab cream puff ni mungkin lagi okey kot..?
Maklum kita ni buat pun jarang2.. sesekali barulah buat jadi rupanya taklah semolek orang2 yg biasa buat..

Terdapat beberapa resepi cream puff yg boleh dicuba biasanya akak cuma cuba resepi dari Zaliana kat myresepi.com tapi kali ini cuba dari blog Zai (Teratak Impian)
Jadi.. jom kita tengok resepinya spt dibawah ni ya...

**************************

CREAM PUFF
Resepi: copy dari Teratak Impian - Zai

Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje )
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Intinya:
4 sudu besar tepung custard.
1000 ml air
140ml susu cair
1 tin jagung Cream
6 sudu besar gula (Lebih pada yg suka manis)
sedikit garam.

cara-cara buat kulit - Puffnya
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

Intinya:
Air dan susu cairkan campurkan dalam mangkuk dan kacau rata.
Masukkan gula dan garam kacau rata kemudian muasukkan tepung custard kacau rata.
Lepas tu masukkan jagung.
Jerang dan kacau atas api hingga sebati dan masak. (Jadi agak pekat)
Letakkan dalam Cream Puff yang dah dibelah.

*Tapi bagi yg nak cepat, ringkas & mudah boleh cuba resepi intinya spt dibawah dari resepi Chef Noraini
Bahan-bahan inti:
125 gm Instant custard
325 ml Susu UHT

Kaedah menyediakannya :
1. Satukan kedua-dua bahan, kacau pada kelajuan tinggi sehingga adunan pekat.
2. Paipkan custard kedalam krim puff.
3. Sedia dihidang.


6 comments:

  1. salam am...kita pun tak berani nak cuba buat cream puff ni takut tak jadik la...tapi bebudak memang suka kan...

    ReplyDelete
  2. >>shiori : cubalah insyallah menjadi x berapa susah juga membuatnya mula2 mungkin rupanya x berapa ok sikit tapi bila dah biasa buat insyallah ok punya, anak2 suke kenalah buat kan..? heee..

    ReplyDelete
  3. Salam Am. Cantik molek sungguh. Along pun dah cuba beberapa respi. Ada yg rupa cantik tapi lembik dlm & ada yg rupa tak cantik tapi sedap rangup...nak kena improvise lagi.

    ReplyDelete
  4. salam. cantik jugak cream puff dlm acuan ni kan. comel. .
    saya pun ade jgk niaga cream puff. selalunya peniaga kt singapura gak ambil.tp ade hari2 dia jek.

    resepi lebih kurang.
    tp ini adunan bancuhan yg saya buat. hasil dari youtube.

    200gm butter.(sy guna marjerin pelangi je)
    air 500ml
    tepung 250gm
    telur 6 biji (saya guna gred c sbb pernah cuba gred a, jd lembik)so guna c, x de prob lg.
    sedikit esen vanilla.

    msk cm resepi yg puan guna je.msk dlm 200'C 40 minit.
    (kalu msk kuning cair, nnt sejuk akn lembik,masak biar kuning coklat2 sikit)so shell atas rangup dlm lembut.

    cream custard:
    4 cwn air (200ml/cwn)
    2 cwn susu full cream
    80gm custard
    50gm butter
    gula 15 sudu

    msk je semua sekaligus smpai likat , last baru letak butter.
    (ni untuk plain custard cream, kalu utk jagung, bleh guna custard jagung then + 1 cwn jagung cream @ jagung fresh).jagung fresh lg sedap rasa biji2 jagung masa kunyah.hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gula tu 15 sudu kecik ke besar?

      Delete
    2. brape sebijik awk jual cik maria hadiey?inti dia ni kalau buat byk2 then simpan dlm peti bleh x?jenuh kacau ke inti nyer..huhu..sy pun buat jual jgak..lagi satu nktye..lma mna tahan slepas dmsukkn inti nyer?sy punya dlm shri ajer..sudi2 la mjwb..sy org bru kt sini..hehe..

      Delete