22 December 2010

KUEH BAKAR/BINGKA SUKON

Oleh kerana agak sibuk dgn tempahan demi tempahan maka tak berkesempatan nak mengodeh apa yg patut kat cerok dapur.
Tapi pagi ni kita jamu mata dengan Bingka atau Kueh Bakar Sukon pulak ya..

Sebenarnya dah 2-3 hari sebiji buah sukon yg diberi oleh adik ipar tempohari dok terperap cam tu aje tak berusik. Bukannya tak nak diusik tapi tak sempat tapi sukon tu pun dah agak masak ranum sesangat, kira kalau nak digoreng memang tak boleh sebab dah agak lembik juga.

Nak dibuang sayang jadi sempat juga buatkan jemput2 sukon sikit dan selebihnya sumbat lagi dlm peti sejuk. Fikir2 kalau tak dibuat apa2 alamatnya tong sampahlah tempatnya jadi terfikir pulak nak buat kueh bakar ajelah.. maka malam tadi godehlah mana yg patut kira mencuba.

Alhamdulillah.. menjadilah juga kueh bakar sukon ni, taburkan bijan sikit atasnya. Sesiapa nak mencuba memang tak rugi sedap.. bila sukon dibuat kueh bakar atau bingka, wangi harum semerbak baunya bila tengah dok bakar dlm oven.
Sebelum buat bingka dibuat pulak jemput2 sukon.. sedap lemak2 manis gitu..!
Jom kita tengok resepinya..

******************************************

KUEH BAKAR@BINGKA SUKON
(sumber : serojakitchen)

BAHAN
450-500g sukon (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
(Buah sukon yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
4-5 biji telor
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan - (akak guna santan kotak KARA)
150ml air
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (jika suka)
CARANYA
Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.



3 comments:

  1. >>noormasri: t/kasih..

    >>issnita: w'salam, lama tenggelam..? hee.. mmg akak saje garing2kan sedapp..

    ReplyDelete
  2. Salam K Am, selama ni saya tak tau pun buah sukon tu boleh dibuat bingka. Kretipnya k am. Selalu saya makan yg kerepek atau goreng je.

    ReplyDelete