06 November 2010

KEK PISANG MARBLE

Semalam buat kek pisang marble ni, sebenarnya utk dibawa ke rumah kakak ipar sempena majlis perjumpaan keluarga sebelah mr hb, selepas isyak 05/11/2010.
Buat ni pun dah last minit nasib baik sempat juga sbb semalam keluar rumah kejap & setibanya di rumah dlm pkl 6.00 ptg gitu, terus aje ke dapur & mengodeh kek ni.. nak bwk lepas isyak. Lepas tu buat juga kueh bakar pandan sekali.
Nasib baik sempat juga..!

Resepi dari Ros-jintanmanis, kek ni mmg sedap & lembut sangat. Tapi marblenya x nmpk marble sgt.. inilah kalau keje nk cepat aje..!
Apa pun, t/kasih kpd ros-jintanmanis kerana sudi share resepi.
Akak letak kat sini pulak ya.. TQ...!!!

*****************************************

KEK PISANG MARBLE
(sumber : Ros-Jintanmanis)

BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment