12 November 2010

APAM PELANGI - yg tak mcm pelangi...

Ada sorang pengunjung setia blog serojakitchen iaitu 'Isnita' namanya, membertahu dia baru buat apam pelangi tapi x menjadi. Akak nak komen pun susah sbb sendiri pun belum try buat lagi. Ramai juga kwn2 yg dah mencuba apam pelangi ni jadi kebetulam mlm tadi semangat nak mencuba begitu membara, secara x langsung boleh menjawab komen Isnita tu..!
Kaler dia mmg x menarik sangat x mcm pelangi pun sbb saje nak ubah kaler lain sikit. Apa pun separuh dah dibawa Ain ke sekolah agama sempena jamuan kelasnya pagi ini. Kiranya apam pelangiku ini sudah licin & dah x nmpk bayang lagi. Insyallah.. lain kali blh buat lagi..!

Buat Isnita, nilah apam pelangi yg akak buat mlm tadi, memang betul2 lembut sangat & sedap pulak tu..! Memang puas-hati sesangatlah..!
T/kasih kpd penyumbang resepi, kita berkongsi resepi kat sini pulak ya..

*************************************

APAM PELANGI
(copy : Jun/Hana)

BAHAN2
· 2 biji telur
· 1 sudu teh ovellet
· 1/2 sudu teh esen vanila
· 150 gm tepung gandum
· 150 gm gula halus – (akak buh 100g je..)
· 125 ml santan kara - (akak ltg santan serbuk kara 1 pkt + air, jadikan 125ml)
· 1 sudu teh baking powder
· garam secubit
· pewarna

CARANYA
· Pukul telur, gula dan ovelet sampai gebu.
· masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
· Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
· Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis
*kukus 30 minit sehingga masak.


4 comments:

  1. pelangi ke zebra tu am.. cantik belang2 tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek pelangi tu....nak sikit k.am..sib baik jauh kalau tak dah dtg bawak piring dah.

    ReplyDelete
  3. >>nor: tulah nor nak kata pelangi x cam pelangi pun, zebralah tu kot..! heee..

    >>kerull : nak bwk pinggan ciannya, apam ku dah licin yang hoii..!

    ReplyDelete
  4. salam kak.am cayangggg...
    waduhhhh kok lagi cantik akak punyer belang2... alus2... geram nengoknyerr! nak sepotong kak!

    ReplyDelete