27 October 2010

PENARAM/JEMPUT2 KUPANG

Biasanya kecik2 dulu kat kg memang mak panggil 'PENARAM' spt penaram udang geragau atau penaram kupang, tapi x tahulah pulak kenapa sebut cam tu dan bukannya
sebut jemput2..
Mungkin juga sbb resepinya berlainan sikit kot, sbb penaram ni kita bubuh cili blender sikit. Disamping itu diletakkan juga daun selasih atau daun kunyit yg dimayang halus, itu yg mnyebabkan penaram ni sedap dek kerana aroma daun2 tersebut.
Bertambah sedap lagi kalau dicicah dg sambal sosnya sekali.. lagilah best..!

Buat penaram kupang sbb kebetulan mak ada bagi kupang yg memeng fresh .. baru naik dari laut..! masih terasa kemanisannya..!
Kita tengok resepinya.. (sukatan yg lebih/kurang jer..)
adunannya lebih kurang sama spt membuat cekodok atau jemput2 yg lain

***************************************

PENARAM KUPANG/JEMPUT2 KUPANG

  • 40-50 ekor kupang (yg telah direbus & dibersihkan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji telor
  • 1 biji bwg besar
  • beberapa helai daun selasih/daun kunyit (dimayang halus)
  • Air secukupnya
  • garam secukup rasa

CARANYA

  • Blender cili kering & bawang
  • masukan bahan diblender ke dlm mngkuk, masukan telor & pukulkan sebentar dan masukkan tepung, garam & daun selasih/kunyit dan masukkan kupang tadi.
  • Semuanya digaul rata dgn sedikit air, spt membuat cucur/jemput2 biasa
  • Panaskan minyak, goreng spt biasa hingga garing

SOSNYA

  • 2-3 biji chili merah + 1 biji bwg putih - diblender
  • masukan gula secukup rasa, kicap manis & cili sos
  • semuanya digaul rata (boleh ditambah mana yg kurang ya..)

2 comments:

  1. salam kak am...apa kabar..lamanya tak jenguk sini...macam2 ada tak sempat ima nak tengok dah keluar yg baru...hehe,sedap makan petang2 gini penaram tu...ima ingatkan apa penaram tadi..

    ReplyDelete
  2. >>ima: w'salam ima, akak baik jer..kebetulan ada fresh kupang dari kg itu yg menu kupang jer ni.

    ReplyDelete