27 February 2010

MINI SARDIN ROLL & MEE GORENG

Cuti-cuti Maulidur-Rasul semalam, utk brkfast time cuti2 ni hanya goreng mee siam dan buat juga sardin roll. Sebenarnya dah lama benar simpan resepi sardin roll ni, kengkawan yg lain kebanyakannya dah pun mencuba tinggal ler kita sorang. Pepagi semalam.., trpaksa kuat kan semangat juga mengodeh sardin roll ni..! Sebenarnya bab nak mecanai tu yg lemah sikit, sbb tulah nak buat kueh jenis2 karipap ni agak kureng rajin sekit..! Entahlah kenape..! (kot2 memang dasar pemalas.. agaknya..!)



Sorry ya.., menu yg dah langsai pun..!


SARDINE ROLL
Sumber : Kak Teh
Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk
Kaedah penyediaan :
1. Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
2, Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
3. Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.
Filling
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perapan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa
Kaedah penyediaan :
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.
Kaedah penyediaan Sardin Roll
1. Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
2. Letakkan filling di atas doh dan roll.
3. Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
4. Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175 C

1 comment:

  1. nak sadin pufffffff kak am!!! ada lagi takkkkkk????

    ReplyDelete