09 October 2009

AGAR-AGAR OREN COKLAT

Sebenarnya buat agar2 ni last week lagi, saje try campur sana campur sini, last2 jadilah agar2 ni rasa oren2 dan coklat emulco. Kaler orennya dah tenggelam dek kena dgn coklat gelap.

Bahan

  • paket serbuk agar-agar (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sb oren emulco
  • 1sb coklat emulco

Cara-Cara:-

Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut & mendidih. Bahagikan kepada 2 mangkuk dan letak perasa masing2. Tuangkan ke dalam loyang/acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Tuangkan perasa oren terlebih dulu, biar agak keras sikit barulah tuangkan pula perasa coklat. Sejukkan dan hidang.

(Nota : Jgn tunggu sampai keras sgt lapisan bwah tu, nanti tak melekat pulak dgn lapisan atas)

4 comments:

  1. >>ain: jgn tak tahu ain, ini jelly hentam punya..main tokok sana-sini.

    ReplyDelete
  2. berseri-seri, berkilau-kilau jellynya.

    ReplyDelete
  3. >>geraugebang: hentam kromo je tu!

    ReplyDelete