17 August 2009

ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA

Lama sungguh rasanya x buat Onde2/Buah Melaka ni, biasanya kalau buat pun time bulan puasa je. Tapi weekend ari tu, sikecik tu request nak makan onde2 ni, kebetulan keledek pun ada jadi x de masalahlah terus buat. Spt. biasa org buat satu kaler je tapi kita buat 2 kaler bagi menceriakan lagi onde2 ni. Yalah tu..! (walhal memang suka bab mengaler ni!)

Boleh tahan bnyk juga..nak x nak terpaksalah menggelek bulat2 sampai habis, nasib baik sikecik (ain) tu rajin nak menolong.

Biasalah resepinya akak copy jelah ya, kali ni Hana tumpang mengopy ok!

Bahan-Bahan

  1. 350 gm tepung pulut
  2. 250 gm keledek
  3. 3 sudu makan air pandan
  4. secukup air - (akak pun + garam skit)
  5. 200 gm gula melaka
  6. 1 biji kelapa di kukus dgn sedikit garam
  7. daun pandan (utk ambil airnya)

Cara:-

1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.

7 comments:

  1. Nice Article...

    One Simple Tech - Computer News, Reviews and Guides
    One Tech Site - Technology News, Reviews and Guides
    The Forex Site - The Foreign Exchange

    Thanks!

    ReplyDelete
  2. am, tak pernah lak lg k.ita buat buah melaka campur ngan keledek. nanti k.ita nak cubalah...ganti ngan kentang pun boleh jugak agaknya ya...yelah, kita yg buat dia...

    ReplyDelete
  3. >>azita: cubalah ita, lagi sedap tau!

    ReplyDelete
  4. ooooo...ni lah onde2 yg sampai kat balau 12 tu ekh. bestnyaaaa...ruginya tak dpt merasa.huhu

    ReplyDelete
  5. eeeeeee comeynyerrrrrr onde onde nihhh!! nak ngap jerk rasa! bak yg lam sudu tuh kak!! suapkan er! ngeeeee

    ReplyDelete
  6. >>ain: tulah ain, kononnya nak mnjamah kan ain juga tapi x de rezeki x pelah ain..lain kali boleh kan? ciannya dia..!

    >>hana: ha..cepat nganga hana, akak dah ready ni nak suapkan!jgn trbegik pulak dahlah ya..

    ReplyDelete
  7. cantiknya onde-ondenya warna oren.

    ReplyDelete