24 April 2009

PUDING KARAMEL LAGI

Puding karamel ni buat untuk anak sulong, bawa ke sekolahnya sempena birthday guru kelasnya semalam.

Untuk nampak kaler2 sikit saje tepek strawberry dan buah kiwi sebagai hiasan. Cikgunya siap bawa balik dengan bekas2nya sekali!

Puding Karamel (resepi ni dr firasyira kat MyR...)

A) 2 senduk gula
B) 1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air2 1/2 senduk gula
C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard1 sudu vanilla(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

1 comment:

  1. ni pun utk cikgu anak kak am ke??saya punya terlupa ke semlm..hehehe.gurau je kak!!

    ReplyDelete