25 March 2009

APAM CANTIK MANIS

'Apam cantik manis' Itulah nama yg diberikan oleh seorang kawan. Tapi ada juga yg namakan apam berinti, apam balsom dan bnyk lagilah namanya. Cuba buat malam tadi, nampaknya ok naik gebu dan senang je buatnya, cuma yg leceh sikit sebab saje guna paper cup yg comel2 ni.. dan i letak durian's paste, sedap... terasa duriannya. Tapi malasnya nak letak filling tu.. just kosong je... filling tu boleh letak kelapa/red bean atau kaya ikut selera masing2.



Sumber : sorrylah tak ingat dari mana (TQ kpd yg menyumbangkan resepi ni)Bahan-bahan ( 15-20 biji )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Inti Kelapa:
  • kelapa parutgula merah
  • 1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara

  • 1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  • 2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  • 3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • 4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  • 5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
  • 6. Masukkan inti kelapa
  • 7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  • 8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Untuk Inti Kelapa:

  • 1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
  • 2. Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.

Nota: Inti kelapa boleh digantikan dengan apa2 perisa filling atau jem. Acuan yang biasa digunakan adalah acuan lompang ataupun aluminium, jika boleh size paper cups sesuaikan dengan acuan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment