01 March 2012

MINGGU LEPAS...

 

Adakala terasa malasnya nak update tempahan demi tempahan, itu yang lama baru dpt update..  Bila angin malas datang alamatnya semuanya tak menjadi..

Tempahan blueberry cistat dari Ayu yang memang peminat cistat dan separuh nak dibagi kpd seseorang katanya.



Semua ini tempahan minggu lepas, 
30 biji apam beras dan sekotak talam cendol ini pula order dari Cikgu Fauziah, 
Terima kasih..




100 biji apam polkadot order dari Azni staff SMK Seri Alam 1


23 February 2012

BUTTER BREAD PUDING


 BUTTER BREAD PUDING, begitulah nama di beri,,., resepi yang telah ramai menjadi ikutan dan juga bualan rakan2 blogger mencubanya sebelum ini. Mana2 rumah ada aje yang mencuba 'BUTTER BREAD PUDING' ini.

Terima kasih kepada tuan punya resepi iaitu Dayangjack yang memang terkenal dgn resepi2 yang sedap dan menarik. 



Kalau nak mencuba resepinya dan melihat lebih jelas cara2 membuatnya bolehlah lihat di sini
Moho maaf sebab tuan rumah tak sempat nak taip resepinya ..



Sebenarnya  Butter Bread Puding ni dah buat lama dah.. minggu2 yang lepas lagi cuma baru inilah berkesempatan untuk di tayangkan.





19 February 2012

PUDING MARBLE


Hari ini kita menjamu selera dengan puding pula ya..!

Puding kali ini bertukar warna kita cuba warna hijau & coklat pulak, biar nampak terang gitu..
Sebenarnya puding ni dibuat sempena majlis pertunangan sepupu di kampung minggu lepas selebihnya di bubuh dalam acuan kecil2 sebegini. 


Sebenarnya ini adalah dari resepi puding marble/pelangi cuma di pelbagaikan warnanya saje.. mengikut citarasa & kretiviti masing2.


Di sini di letakan lagi resepi puding ni yang di ambil dari rumah Pn. Azita tapi ada sedikit penambahan, sorry ya Ita...

PUDING MARBLE/PELANGI

Bahan-bahannya
10g serbuk agar-agar
200g gula (Ita letak 160g) - akak pun
650ml air (akak gun 800ml)
1 biji telur
60g mentega
½ tin susu cair
1 sb kastad
1sb serbuk koko - (bancuh dgn sedikit air panas)
½ sk vanila
sedikit pewarna lain yang digemari

Caranya
Satukan serbuk agar2 & gula hingga mendidih
Pukul telur sebentar dan masukan susu cair & kastad - dikacau rata dan tuangkan dlm agar2 tadi - sambil dikacau lagi
kemudian masukan mentega dan di kacau lagi - tutup api..
Bahagikan kpd bebrapa warna yang digemari dan tuangkan ke dalam acuan/loyang di gemari secara berselang-seli sehingga habis
(salah satunya campurkan dgn serbuk koko yg telah dibancuh tadi)
Sejukan sebentar dan simpan dalam peti sejuk


18 February 2012

TEMPAHAN MINGGU LEPAS...

 
Assalamualaikum...!
Lama sungguh rasanya tak update, walhal taklah busy sangat pun cuma malasnya aje yang lebih..!
Bila angin malas dah datang alamatnya memang tak berusiklah blog ni.. dari hari hingga ke minggu berlalu begitu saja.


Seperti kat atas tu.., semua ini adalah tempahan dari regular customer yang dah banyak kali bila time turun ke JB mesti order dgn akak yang mana masing2 nak 2 sets

Pn Nura dari KL yang berkursus di sini menempah kesemuanya 2 sets iaitu
Apam polkadot
Bingka ubi gula merah
Mini coklat moist

 





Terima kasih Nura...!

**************************************************************************

Talam Sri Sarawak ni pula tempahan dari Pn. Masitah dari Bdr Seri Alam utk dibawa pulang ke kampungnya.
Beliau menempah 2 kotak juga.., terima kasih..!




Yang ini tak ingat dah dari siapa..??? Maaflah ya...

******************************

Tapi apam polkadot  sbnyk 200 biji tapi 1 set di packing 50-50 dari customer biasa juga yg dah bnyk kali menempah tapi beliau memang suka order apam polkadot aje..
Tempahan dari Pn Ani lagi - Bdr Seri Alam

08 February 2012

KEK ZEBRA


Assalamualaikum ..!
Kali ini kita share pula kek yang sungguh lembut & sedap iaitu 'KEK ZEBRA'  
namanya sebegitu mungkin kek ni bercorak dan berbelang macam zebra.
Tak kiralah apa saja nama yang diberikan oleh pemilik resepi ini namun bagi yang ingin mencuba sudah pasti tidak mengecewakan dengan teksturnya yang gebu, lembut sangat dan yang paling penting sedap masuk ke anak tekak..

Ketika masih dalam oven...


Sebenarnya kek zebra ni dah buat minggu lepas lagi jadi keknya pun dah tak nampak bayang, entah kenapa sejak dua menjak ni suka pulak nak buat kek selepas kek marble optima tempohari cuba pulak kek zebra berbelang ni.., disebabakan proses membuatnya agak mudah, senang dan ringkas lagi cepat maka itulah yang membuatkan rajin sikit, kalau yang leceh2 mungkin tak buat kot...!


Baru keluar oven aje dah sebahagian hilang, dimakan anak2.. suka pulak mereka..!
mungkin disebabkan kelembutan kek ni yang masuk mulut jer hilang kot..! 

 
Jom kita tengok resepinya...

KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery (Copy dari : Maklang Azie)
sumber : am@serojakitchen

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (mklang guna 4 biji telur) - kita guna 5 biji
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek  - akak guna tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis - akak guna 3sb susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang - Tak letak

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. 
    Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit. (akak letak 150°c selama 45 minit)
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.




02 February 2012

LEMAK PUCUK UBI




Menu tengahari ini simple aje maskan kampung " Pucuk Ubi Masak Lemak" bersama 
geng-gengnya iaitu ikan masin (ikan sepat), sambal belacan dan juga ulaman timun.
Lama rasanya tak masak pucuk ubi masak lemak macam ni...!

Masak lemak pucuk ubi kali ini style kampung2 dulu masa kecik2 dulu mak dan nenek suka masak style macam ni iaitu warnanya merah2 sikit sebab letak cili kering.

Kalau dulu2 juga ada orang masak lemak pucuk ubi letak sedikit rebusan kacang hijau tapi sekarang ramai yang dah tak suka letak atau mungkin juga malas nak merebus kacang hijau sebab ambik masa juga nak empuk.
Ada juga yang suka masak guna cili padi jadi warnanya putih kehijauan bila dah dicampurkan santan.  
 Walau apa pun cara masakannya namun pucuk ubi masak lemak tetap sedap dan menyelerakan ditambah lagi dengan sambal belacan dan ikan kering serta ulam-ulaman.



LEMAK PUCUK UBI 
(Resepi : am@serojakitchen)

Bahan-bahannya

Bahan dikisar
3-5 tangkai lada kering
1 biji bawang besar
1 cwn ikan bilis - nak lebih pun boleh

1-2 cwn santan pekat
Air secukupnya 
(ikut bnyk mana kuah yg kita nak, tapi jgn terlalu bnyk air nanti cair pulak)
sedikit garam
sedikit perasa - (jika suka)


Caranya
Lurutkan daun pucuk ubi dari tangkainya dan di kerat-keratkan sikit di cuci bersih dan direbus sehingga betul-betul empuk.
Setelah empuk buang air rebusan tadi dan masukan bahan yg telah di blender tadi, bersama santan dan tambahkan sedikit air (ikut bnyk mana kuah yg kita nak)
 Masak hingga mendidih sambil sambil dikacau dan masukkan sedikit garam & bahan perasa (jika suka) - dikacau lagi supaya santannya tak berkepala.
Biarkan sehingga masak dan tutup api...