Pages

09 October 2012

CREAM PUFF 2012...


Selepas kita menambahkan lagi lemak-lemak tepu dengan 'KEK KARAMEL' kali ini kita jamu selera dan menjamu mata jelah ya.., dengan "CREAM PUFF - 2012" sebab last sekali buat creampuff ni tahun lepas (2011) jadi lama dah tak buat maka pada tahun ini baru kali ni nak mencuba lagi tapi dengan resepi yang lain pulak. Kita cubalah tukar-tukar resepi dengan ini bolehlah kita tahu resepi yang paling sesuai kelak.


Creampuff ni boleh macam leper2 pulak.., entah kenapa tak nak kembung macam selalu..? Bukan salah resepi mungkin juga tuan buatnya yang tak berapa reti kot..? maklum lama dah tak buat..! heee..

Ini menu minggu lepas ya.., dimana angin rajin bertiup kencang pulak.., macam terajinlah pulak nak membaking sesuatu kalau tidak tak usahkan creampuff malah cekodok pun tak kuasa nak buat. Bila mood rajin dah datang maka time nilah kena cuba nanti kalau mood malas sampai alamatnya lamalah tak ada tayangan menu kat sini..


Creampuff kali ini saja bakar agak lama sikit sebab nakkan bagi garing2 sikit.., itu yang warnanya nampak gelap sikit.

 Tahun lepas (2011) pernah buat juga creampuff boleh intai dan jengok2  kat sini  tapi kali ini entah kenapa meleper pulak bentuk creampuff ni.. walau apa pun semuanya dah pun licin sebenarnya..! Selain untuk makan2 sekeluarga dapat juga di agih-agihkan kepada adik-beradik serta saudara-mara terdekat merasa, Alhamdulillah..!


Bagi yang ingin mencuba dengan resepi yang lain pulak jom kita ihat resepinya...

CREAM PUFF
(Resepi : Bro Rozan)
copy dari : Badariah (Kuantan)
(am@serojakitchen.blogspot.com)


Bahan-bahannya:
170 gm tepung gandum
115 gm mentega
1 st gula
1 st esen vanila
285 ml air
4 biji telur
Sedikit garam

Caranya:
1-Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius.
2-Ayak tepung & ketepikan
3-Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air & esen vanila biar mendidih & tutup api.
4-Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
5-gaulkan bagi sebati & sejukkan
6-Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.
7-Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
6-Bakar selama kira-kira 25-30 minit suhu 200” selebihnya 15 minit suhu 180”
9-Biarkan ia sejuk & gunting sedikit jangan sampai putus & isi kan inti.


NOTA:-Griskan Loyang supaya cream puff x melekat..

BAHAN INTI KASTAD:
500ml susu segar
80 gm tepung jagung
80 gm gula halus
1 sudu esen vanilla
2 biji telur

Caranya:
1-Campur semua bahan kecuali telur
2-masak dengan api yang sederhana …
3-bila mendidih ..cepat2 masukkan telur & gaul sebati…
4-bila dah sebati tutup api (jgn pekat..nnti keras & susah nak di paipkan melalui nozel
)



No comments:

Post a Comment