Pages

30 November 2010

KUEH LAPIS

Malam tadi sambil mengodeh brownies utk tempahan org sambil melapis kueh lapis ni..
Memang sedap, senang & ringkas aje buat dia.. t/kasih yatie kerana sudi berkongsi resepi ni..
Baru 1st time mencuba resepi ni dan terus menjadi.., anak2 pulak x sabar2 malam tu jugak suruh potong dan dah pun luak dimakan separuh loyang.
Maklum mama dia org pun jarang buat kueh lapis ni, sbb tukang buat sendiri x baper gemar kueh yg bersantan-mantan ni.., tapi cam ner pun kenalah buat gak, ikut selera bebudak ni ha..
asyik nak melayan selera & kerenah mereka time cuti2 sekolah ni..! Fening2....

Baki selebihnya mr hb pulak nak bawak ke officenya, adalah tinggal cenonet jer.. buat jamah2 boleh ler..!

Yatie.. TQ..! akak tumpang letak kat sini pulak ya..

*********************************


KUEH LAPIS
(Sumber : Yatiememories.blogspot.com)
Bahan
· 1 1/2 cawan tepung gandum
· 3 sudu besar tepung beras
· 2 sudu besar tepung jagung
· 1 cawan gula
· 5 cawan santan
· 1 sudu kecil garam
· pewarna merah dan perisa rose

Cara Penyediaan
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.

1 comment:

  1. Salam K.Am,
    Cantiknya kuih lapis akak....kalau depan mata ni, maunya terus ngap jek....Yatie mmng suka kuih2 mcm ni...lembut jek...

    ReplyDelete