Pages

11 March 2010

APAM PISANG KOKO COKLAT CIPS

Teruja tengok kat rumah ANIS DIARY ada Apam Koko.., spt biasa Antu Apam memang x blh tengok kueh yg namanya APAM..! sukeeee.. sgt..!
Dah buat 2 hari lepas tapi baru ni brkesempatan berN3.., biasalah busy memanjang..!
Spt. biasanya bab menokok-tambah sana-sini no satu.., jadi saje jer buat dlm paper cup dan ditepek pulak coklat cips, tu yg jadi cam mata apa pulak bertenggek-tenggek..! Buruk pulak rupanya..! Tapi tak pe.., rasa tetap ada..!

Resepinya spt. berikut :-
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan B:
1 cawan pisang dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-caranya:
1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil
dan kukus 10 hingga 15 minit.

2 comments:

  1. syomel apa apam koko akak ni. ada mata tertenggek gitu!!!

    ReplyDelete
  2. salam..nampak sedap,ada mata tu hihi kena cuba ni

    ReplyDelete