29 August 2009

LAKSA SARAWAK

Ha..ini pulak menu brbuka semalam punyer! spt biasa utk ringkas dan mudah buat je Laksa Sarawak ni. Tapi ada rupa Laksa Sarawak ke ni? Kena tanya dayangjack ni, kang x de rupa ada kena sekel dgn dayang! Sebenarnya akak buat ikut tekak sendiri tau, resepi asalnya guna taugeh tapi akak pergi mandai2 tukar timun.. (mintak ampun dayang!) bukannya apa..kes x nyempat nak beli taugeh & cabut ekornya, nanti x brbuka lak anak2... Lagi satu, resepi asalnya guna pesnya tapi akak gi bantai pes tomyam tau.. tapi still sedap..!! cewah..
Itu yg anak2 & hb brtambah-tambah lagi. Rebus 2 jenis mee, satu mee siam & satu lagi mee laksa tapi dua2 licin. Hb kata sedap mee siam sebab tulah Laksa Sarawak ni guna mee siam!


Resepi asal guna telur dadar yg dimayang halus & bulat tapi akak trlebih rajin tambah lak dgn telur rebus lagi.. kira ada choicelah! sape x suka telur rebus leh makan telur dadar..
Resepinya dari pakar masak kita iaitu Pn. Dayang, thanks ya..akak copy tau!

BAHAN
150 gm pes laksa Sarawak
1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
200 gm udang basah
200 gm santan
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
100 gm tauge (dicelur) -x letak ganti timun je!
3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus) - x de..guna daging
1½ liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai (diketuk)
sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
1 helai daun limau purut
4 biji limau kasturi (dibelah dua)
garam dan gula secukup rasa
2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)

utk sambal :
5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara
Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.
Sedap dimakan ketika panas. ***kalau x cukup pedas, tambah le sambal atau hirisan cili api.

3 comments:

  1. mmula makan dulu rasa tak suka... tapi bila dh lama tak makan, macam teringin ingin dbuatnyer! camne tu er kak?? nk kene mintak ngan akak ker?? ala kompom dh abess! huh!

    ReplyDelete
  2. woooo laksa srawak guna mee hoonnnn..mmmmm...

    ReplyDelete
  3. >>hana: terorlah hana, cam tahu2 je mmg dah langsai pong!

    >>nekpp: trylah sedap tau, ada kelainnan!

    ReplyDelete