Pages

17 January 2013

LEMAK NENAS SIPUT SEDUT

 
 Menu tengahari ini LEMAK NENAS SIPUT SEDUT & KANGKUNG GORENG BELACAN + IKAN KERING SEPAT
Pasti semua sudah atau pun sedang menikmati makan tengahri bersama keluarga.. tentu pelbagai jenis lauk-pauk yang terhidang di atas meja.

Sementara menunggu cik abang dan anak-anak balik dari sekolah telah terhidang makanan di atas meja dan selepas ini nak menghantar si Ain ke sekolah agama pulak kemudian 6.30 petang nak ambik dari sek agama dan nak menghantar mengaji Quran pulak dan malamnya selepas maghrib menghantar ke kelas tusyen tup..tup.. dalam pukul 10 malam nak ambik pulak dari tusyen. Hai.. beginilah rutin seharian dalam seminggu persekolahan. tak stop.. adakala memang meletihkan.. tapi begitulah rutin para ibu2 dan suri rumahtanggan ya..! Demi anak-anak diharungi jua...! Alamak.. membebel pulak..

Nak dijadikan cerita sebenarnya memang dah tersangatlah lama tak makan siput sedut ni.. semalam ronda-ronda kat pasar tani ternampak pulak siput sedut ni.. macam teringinlah pulak. Kalau dulu-dulu sebungkus cuma RM2 jer.. tapi sekarang tak dapat lagi dah rm5 sebungkus, pulak tu bukanlah banyak mana pun.. bila dah dibersihkan dapatlah semangkuk lauk.

Siput sedut masak lemak memang sedap apalagi kalau di campakkan hirisan nenas atau batang keladi.., hemmm.. tak payah ceritalah boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.  
(Itulah yg malas nak masak lauk-pauk kampung2 ni.. nanti dia punya berselera lain macam..)


Masak siput sedut memanglah sedap tapi nak mengerjakannya..?? nak mengetuk hujungnya satu-satu.. jenuh juga dibuatnya, kemudian nak kena cuci pulak bersih-bersih makan masa juga tapi nak makan punya pasal maka kena banyak bersabarlah dibuatnya.

 
Pasti semua dah mahir masak lemak kan.. tapi tak apalah di letakkan juga resepinya bagi sesiapa yang baru nak belajar-belajar masak terutama anak-anak dara tu..

LEMAK NENAS SIPUT SEDUT
sumber : am@serojakitcen

Bahan-bahan
Bahan diblender
5-8 batang cili padi
2-3 biji bawang besar
1/2" kunyit hidup
sedikit belacan (kalau suka)

1 bungkus siput sedut
1 biji kelapa - utk diambil santannya
2 batang serai - diketuk
Hirisan Nenas secukupnya

Garam /perasa secukup rasa
CARANYA
Siput sedut dibersihkan terlebih dahulu sehinga betul-betul bersih dan ketuk hujugnya dengan anak lesung batu yang dialas dengan ibu lesung. Kemudian basuh lagi dan tos dalam tapis
masukkan bahan yang telah diblender ke dalam periuk bersama separuh daripada pati santan, serai, hirisan nenas, garam dan serbuk perasa. Boleh juga ditambahkan sedikit air (tapi agak2lah ya agar tak terlalu ciar pulak..) Biarkan sehingga mendidih sambil di kacau rata. Setelah agak2 dah masak maka tuangkan baki daripada santan tadi dan biarkan sebentar sambil dikacau lagi beberapa minit dan tutup api. Siap...

 Selamat Menjamu Selera..!!!

6 comments:

  1. Dah lama tak makan siput sedut ni... memang berselera makan kalau masakan kampung ni Kak Am :D

    ReplyDelete
  2. waa..trngn nya nk makan..umah tgkt 5..nk msuk perabot bagai susah..ni lh tmph ugak ker???hihihi

    ReplyDelete
  3. wahh..macam sedap aje siput ni. lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  4. >>nur hayati: betul tu..lain mcm seleranya..

    >>cikhalaluya: ni bukan utk tempahan ya.. menu lunch sendiri jer..

    >>pembaris kuning: mmg sedap.. anak2 mkn licin terus seperiuk

    ReplyDelete
  5. Masya Allah.... sampai sini terus merenung lama-lama...semuanya sedap! Sudahlah ada siput, ada ikan sepat kering lagi adeeehhh kecurrrr!

    ReplyDelete
  6. Sedap2 semuanya...terus rasa lapar...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete