Pages

28 December 2012

NASI HALIA KUNING

Masak Nasi Halia Kuning ni.. masa nak menghantar kakak (Amalina) balik ke Kolej (Cuti Krismas) tempohari.
Ketika itu tak sempat nak masak lauk-lauk yang lain sebab nak cepat (pagi-pagi lagi dah nak bertolak dari JB ke Tangkak) jadi lauknya hanya ayam masak merah jer..

Untuk ubah selera selain daripada pelbagai jenis nasi yang lain nasi halia kuning ini juga sedap..., plan asalnya nak buat juga pencuk nenas/timun dah beli pun bahan2nya tapi sayangnya tak sempatlah pulak. Jadi makanlah apa yang sempat jer..
Sekurangnya dapatlah juga si kakak makan dengan rakan-rakan sebiliknya. 
 
Sedap juga kalau masak lauk daging/ayam beryani sebagai lawannya..
Bagi yang nak mencuba boleh tengok resepinya di bawah ya.. yang mana akak copy dari dapur Ummi.


NASI HALIA KUNING
sumber : Ummi@home sweet home

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
  • 1/2 sudu besar halia - dihiris memanjang
  • 1/4 sudu besar bawang putih - dicincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 6 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
  • 2 - 3 helai daun pandan (*ni akak saja letak, kasi wangi)
Cara-Cara:-
  1. Dalam periuk elektrik, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
  3. Tambahkan serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.
  4. Kemudian angkat periuk dan letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
  5. Hidangkan bersama ayam masak merah, acar nenas dan keropok.


     

No comments:

Post a Comment