Pages

10 November 2012

TEMPAHAN DI AKHIR PERSEKOLAHAN - PART 1


Minggu ini merupakan minggu akhir persekolahan dan bila tibanya musim cuti sekolah maka ramailah yang mengadakan pelbagai majlis tertentu terutamanya ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan. Tak kurang juga yang mengadakan majlis kenduri keshukuran, tahlil dan sebagainya. Selain daripada itu ramai juga yang membuat jamuan akhir tahun atau jamuan perpisahan. Pendek kata macam-macamlah majlis masa nak cuti-cuti sebegini.

Jadi minggu ini paling sibuk dan tegang semua urat..! 
Alhamdulillah.. banyak sungguh tempahan yang diterima malah masih ada juga yang nak membuat tempahan terpaksa di tolak sebab tukang buat dah tak larat dah..! Nak nunggu rebah jer ni.. heee..! 
Sebab boleh dikatakan berturut-turut sehinggalah habis minggu, pulak tu kebanyakan tempahan yang dibuat berderet-deret lagi.. itu yang kejang semua otot dan urat-urat.

 Bingka Pandan 

Salah satu daripada deretan tempahan tersebut ialah dari orang jauhlah juga iaitu dari nun di Kota Tinggi, kira jauhlah tu..dari Cikgu Salina dari Bandar Penawar khas untuk jamuan di sekolahnya.

Tempahan beliau seperti  Bingka Pandan, Talam Tokyo, Fruits Tat, Kek Karamel dan Blueberry Cistat (ni last minit call, akak cuma ckp insyallah kalau sempat tapi nasilah baik kulit tat ada stok jadi dapatlah buat juga)

Tapi Cikgu Salina buat 2 kali tempahan yang pertama pada 07/11/12(Rabu) dan untuk kali keduanya pada hari Jumaat 09/11/12 untuk majlis kenduri di rumah kakaknya pula.

 Kek Karamel ni merupakan 1st time buat untuk tempahan sebab sebelum ini rasanya macam tak confident jer.. nak ambik tempahan kek karamel ni, takut jer.. tak sempurna kejadiannya..! Tapi cikgu Salina ni boleh pula nak tempah kek karamel yang sebenarnya memang tak ada dalam list tempahan. Nak tak nak nekad cubalah juga.. bukannya apa bimbang tak elok atau tak cantik nanti jadinya.

Memang mencabar jugalah nak menyiapkan kek karamel (khas utk tempahan orang) ni.. 
1st & 2nd time buat karamelnya pecah maka buat yang kali ke 3 ni baru ok..

Berbanggalah juga kepada rakan2 yang telah banyak menerima tempahan kek karamel ini yang mana tersangatlah cantik rupa dan keadaannya. Pada hakikatnya buatnya taklah sesukar mana cuma yang gerunnya ketika nak terbalikkan kek ni bimbang karamelnya pecah dan sebagainya yang boleh mencacatkan kejadian kek ini.
Tapi alhamdullilah..! maklum balas dari Cikgu Salina bahawa rakan-rakannya sangat suka dengan kek karamel, cistat dan juga fruits tat dan katanya nanti nak order lagi..!

Terima kasih kepada cikgu Salina dan juga kepada semua warga SMKA BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR.

 Talam Tokyo 
 Fruits tart dan cistat yang menjadi kesukaan mereka...!

*
*
*

Tempahan seterusnya juga dari Cikgu Salina untuk kenduri di rumah kakaknya di Tmn Pasir Putih.

Tempahannya seperti 2 biji kek marble, 100biji mini coklat moist, 50 biji kek cawan pisang dan 100 biji donat keledek (tapi lupa nak snap).
Terima kasih Cikgu Salina yang ramah-tamah dan kelakar juga orangnya, nice to meet you..!

 2 biji kek marble

No comments:

Post a Comment