Pages

26 November 2012

KEK GULA HANGUS

\
Assalamualaikum..! 

Musim-musim cuti-cuti sekolah sebgini memang ada saja menu-menu yang kerap ditayang sebab biasalah waktu-waktu cuti sekolah anak-anak duduk kat rumah asyik lapar memanjang..!
Mama dia orang pulak kenalah fikir-fikirkan apakah menu-menu yang sesuai yang mudah lagi ringkas untuk digodak kat dapur untuk santapan mereka.

KEK GULA HANGUS atau lebih dikenali dengan KEK SARANG SEMUT yang mana sebelum ini pernah juga dicuba tapi menggunakan resepi yang berbeza dimana adunannya  kena di perap leih kurang 4 jam lamanya tapi untuk resepi kali ini adunannya tak payah lagi diperap maka itu yang berkorbar-korbar nak mencuba. 

Sebelum ini juga pernah terlihat kat blog denuanza tapi pandang-pandang gitu aje tak kisah pun nak salin resepi atau nak mencubanya tapi bila terpandang kat dapur Madiha (cantik pulak keknya.. bersarang sakan..!) entah macam mana hati ini macam bersemangat pulak nak terus mencubanya. Kebetulan ketika petang Jumaat lepas cuaca agak mendung macam nak hujan, jadi perut pun terasa lapar aje.. tekak pulak macam nak makan sesuatu jer.. maka itu yang macam rajin gitu nak mencuba kek gula hangus ini. Maka tanpa berlengah lagi terus jer.. ke dapur mengodak kek gula hangus ni..


Tapi kek yang akak buat ni taklah cantik macam yang Madihah punya, yang bersarang sakan kelihatannya. Sebenarnya kek ni bersarang juga cuma akak tak sempat nak potong seperti mana yang di sarankan, yang baru nampak sarang2nya tu.. sebab ketika ini adik dah menunggu sebab kek ni nak di jamahkan pada mak dan sedara-mara terdekat juga. Itu yang potong hentam aje sebab nak cepat..! Nak tengok kek yang cantik yang bersarang boleh tinjau kat dapur Madiha


Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Resepi : Cida de'Nuanza
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
(MaDiHaA guna loyang 9"x9") - pun guna loyang sama

Bahan2 Gula Hangus
(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar) - akak guna 1 3/4 cawan
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega


Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.

Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan

Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu yg tinggi sikit tu)
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila



Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je. MaDiHaA guna mixer)
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila
 
Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!

Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius.
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
Biarkan sejuk sblm potong

Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.



No comments:

Post a Comment