Lauk yang mudah lagi simple tapi menyelerakan..!
Lemak udang dengan kobis bunga + lobak merah di tambah pula dengan suhoon, biasanya selera kat rumah ni memang begitu minat jenis lauk lemak dan suka dengan suhoon. Tak kira anak2 mahu pun si abahnya memang peminat suhoon.
Lagilah kalau di tumbukkan sambal belacan/ sambal mangga/sambal belimbing buluh (dah nak meleleh pulak air liur..!)
puhhh.. gorengkan pulak ikan kering/ikan masin.., tak payah citerlah..!
Gerenti seperiuk nasi pun tak cukup...
Kat rumah ni pulak.., kalau masak sayur mesti nak suruh letak suhoon.. kalau nak tahu kat rumah ni, stok suhoon memang banyak sebab cik abang memang suka beli banyak2 maklum penggemar tegar suhoon. Tapi yang tukang masaknya aje kadang-kalanya malas nak bubuh suhoon mana taknya asyik- asyik suhoon memanjang..!
Yang kelakarnya bila time makan boleh berebut anak-beranak tu (sianak & abahnya) boleh berebut suhoon semuanya nak suhoon banyak. Apa pesen pun tak tahu ler...!
Suhoon pulak kalau di letak Banyak2 nanti jadi pekat pulak lauk tu.. kang tak berkuahlah pulak...
Sekali pandang udang dengan lobak dah serupa.. sebab warna pun dah sama..! Tapi 2 kali pandang pasti udang dah tak nampak bayang yang tinggal cuma lobak jer..! heee..
Masaknya pun mudah dan simple aje.. semua orang dah tahu dah.. tapi tak apalah letak jugalah resepinya.
LEMAK UDANG KOBIS BUNGA + LOBAK BERSUHOON
Resepi : am@serojakitchen
Bahan-bahannya
1/2kg udang
1-2 batang lobak merah
Secukupnya kobis bunga
1/2 cawan ikan bilis/udang kering
1-2 biji bawang besar
2 biji cili merah (di hiris nipis)
Santan (dari 1 biji kelapa)
2 sudu besar minyak (untuk menumis)
sedikit suhoon
sedikit garam
CARANYA
Udang di potong kepalanya dan dibersihkan (nak buang kulit separuh pun boleh)
Bawang besar dan ikan bilis diblender lumat
Lobak di potong bulat2 dan nipis (kalau nak bentuk bunga pun boleh..)
Kobis bunga di hiris nipis
Panaskan minyak tumis bahan yang telah di blender dan letakkan pula cili merah tadi
Di kacau rata agak-agak garing sikit masukan santan dan sayur2 tadi kemudian letakan suhoon. Tambahkan sedikit air agar lauk kita berkuah sikit.
(ikut suka banyak mana tapi jangan banyak sangat nanti cair pulak jadinya)
Biarkan sehingga masak dan mendidih sambil dikacau rata.
No comments:
Post a Comment