Pages

27 September 2012

TEMPAHAN SETERUSNYA...

 

Sebelum  pergi kepada tempahan seterusnya apa kata kita jamu mata dulu dengan menu tuan-rumah baru2 ini.
Sebenarnya dah lama simpan resepi Light Cheese Cake ni, tapi berkurun dah.. tak berbuat juga. Sampailah pada satu hari ipar adik (Siti Noraidah) datang beraya  dari Kuantan ke JB membawa oleh2 Ciskek ni maka dapatlah merasa.. entah cam mana tekak terasa macam sedap pulak jadi tak tunggu lama terus mengodak sendiri walaupun sebenarnya tekak ni... tak berapa gemar yang jenis2 Cheese ni..! Tapi sebab ada rasa masam2 bluberry filling & anggur, itu yang boleh di telan juga kot..! Kejap jer licin tapi yg melicinkan sape lagi kalau bukan bujang montel ni..! Mana tak montelnya.???


Resepinya dari Hasue (yg memang rajin membaking..)

(Gambar2  ni tak berapa clear sebab kamera tuan rumah problem, ni pun di sebabkan  sibujang montel ni jugaklah yang senyap2 bawak pergi camping tempohari, balik2 terus rosak.., menyinga mama dia..!! Geram betul..!) Tak pasal2 nak kena cari yang baru pulak.. adoiii..!!


Manakala menu keduanya  adalah 'Tahu Sumbat' yang ni pun ada ceritanya..!
Petang Isnin lepas merondalah di Pasar Malam berdekatan tapi pergi dalam pukul 5 petang gitu.., tujuannya nak beli barang dapur spt bawang, lada kering dan sebagainyalah.. tetiba cik abg ni ternampaklah akak yang jual tahu sumbat, tup..tup dia teringin pulak nak membelinya, katanya lama tak makan tahu sumbat. Tapi cik abg komplain kuah kacangnya tak berapa sedaplah... (bab komplain memang terror..!)

Akak pun cakaplah kat cik abg, kat rumah ada kacang tanah cuma hanya beli timun/sengkuang & tahu.. kalau nak buat bukannya susah sangat maka itu yang jadinya tahu sumbat ni..!
Buat pun taklah banyak mana dah di potong dapatlah 8 ketul, tup-tup tak cukup pulak budak2 dan bapak budak makan..! Ngam dengan tekak dan selera dia oranglah tu kot..


Di bawah ni pula, tempahan2 dari customer baru-baru ini.. Apa pun terima kasih kepada semua..



Talam Keladi, Talam Sarawak, Talam Ubi dan Serimuka tempahan dari cikgu2 di SMK Seri Alam-2 baru-baru ini.



Tempahan Polkadot dari Zu (Tmn Rinting) Zu ni pakar buat coklat rupanya..


Talam Ubi dan Serimuka Pandan dari cikgu2 Seri Alam juga...!



Tempahan blueberry cistat ni juga dari para guru di SMK Seri Alam-2
Cikgu Rozila & Cikgu Asmira
 


No comments:

Post a Comment