Pages

07 September 2012

TEMPAHAN HARI RAYA - PART 2


Minggu paling sibuk utk menyiapkan tempahan2 utk pelbagai majlis sempena Raya, Marhaban dan ramai juga time raya begini yang mengadakan majlis pertunangan, merisik dan sebagainyalah.
Pendek kata tak menang tangan di buatnya...! Boleh di katakan setiap hari ada aje tempahan yang perlu di buat, Alhamdulillah...! 


Untuk tempahan di atas iaitu Blueberry Cheese Tart dan Talam Suji (cuma kek marble jer.. di buat khas utk Lina..) adalah order dari Classmate Lina untuk hidangan pihak lelaki yang datang merisik anak daranya. 
Thaniah Lina..! Tak lama lagi nak dapat menantu dah..

 Tapi paling banyak yang menempah Bingka dan pelbagai jenis Talam, maklumlah ketika ini juga ramai yang sibuk mengadakan majlis marhaban.
Bila dah ramai maka tak ingat dah sape2 dia.. sorrylah ya..!

 Serimuka Pandan juga mendapat tempat teratas selain Bingka Ubi yang menjadi tempahan paling banyak..!


Apam Polkadot 200 biji 

Deretan tempahan berikutnya dari Pn. Ziela (Tmn. Mount Austin) utk majlis pertunangan lupa pulak anak sedara ke adiknya.

 Apam Beras aneka warna sebanyak 100 biji

 Juga Serimuka dan Kole Kacang juga tempahan dari Ziela. Terimakasih Ziela..!

 
 

Kita sambung di lain siaran sebab pinggang dah bengkok tak boleh nak tegak..! heee... 
(Time nak baring2 jap..)


No comments:

Post a Comment