Pages

09 July 2012

TEMPAHAN - JULY 2012

 
Talam Suji

Assalamualaikum..!
Sesekali timbul dan lama pulak tenggelam.. begitulah kerenah tuan rumah ni ya..!
Pulak tu.. time ni tengah tak berapa sihat, demam, batuk dan sakit tekak yang teramat sangat. Mungkin musim orang sakit kot time ni.. maklum sejak akhir2 ini cuaca pun tak menentu asyik hujan memanjang. 
Apa pun shukur alhamdulillah...! semuanya dugaan dalam kehidupan ini.

Mujurlah selepas siap semua yang kat bawah ni.. barulah  tuan rumah mula tak sihat demam, sakit tekak, batok dan segalanyalah.. 


Muffin Pisang Coklat Chips (bersaize kecik-molek) sekotak & Bingka Ubi


Ketiga-tiga jenis kueh-mueh yang kat atas ni.. iaitu Talam suji, Muffin Pisang Coklat Chips & Bingka Ubi sebenarnya di buat untuk Majlis Pertunangan anak sedara suami yang telah pun berlangsung pada 07/07/2012 (Sabtu) baru-baru ini.
Alhamdulillah.. semuanya pun dah licin dan tak nampak bayang..



Talam Suji lagi.., tempahan dari Yan (Tmn. Bukit Dahlia) untuk makan2 sekeluarga.
Tak lama lepas tu, Yan sms : Akak sedaplah.. tak rugi order..!
Terima kasih Yan..!



**********************
Tempahan utk Jumaat (06/07/2012) dari Pn. Su (Tmn Impian Emas) khas untuk di bawa pulang ke kampungnya di Perak. Su ni memang  kerap buat tempahan yang paling dia suka apam polkadot & Bluberry Cistat

 Apam Polkadot  sbnyk 350 biji
Blueberry Cheesetart 50 biji
 
Juga Apam Beras untuk Pn. Su

Terima kasih Su...!

********************************

100 biji Apam Polkadot juga dari jiran setaman utk pagi Sabtu (07/07/12) dari jiran berbangsa India (lupa pulak namanya..)
Orang India pun suka makan dan order apam polkadot ni juga...!


Dan akhir sekali tempahan Kek Marble dari Cikgu Azian

No comments:

Post a Comment