Pages

12 June 2012

TEMPAHAN MUSIM CUTI SEKOLAH - PART 2

3 sets Kek Marble

Bersambung kembali dgn tempahan2 pada musim cuti sekolah baru-baru ini.
Pagi Sabtu (9/06/12) terima sms dari Nura (dari KL) yang kerap turun ke JB kerana tugas, beliau  memang seorang customer yang kerap menempah setiap kali beliau ke JB. Sekali buat tempahan memang banyak sangat.. sebab katanya nak diberikan kepada ibu, ibu mertua dan sanak-saudara yang lain.
Jadi semua kueh-mueh yang ditempah di bawa ke KL dan ke Ipoh.  

Nak cerita sikit tentang tempahan Nura kali ini, bagi akak memang mencabar dan tercabarlah juga.
Ini kerana dapat order hari Sabtu kebetulan time tu baru aje siap beberapa tempahan lain tup2 Nura sms nak order utuk esoknya (Ahad - 10/06/12) dengan tempahan yang ke semuanya 3 sets dan pelbagai jenis pulak tu..!
Cuba bayangkan.., mulanya terkedu jugak mendengarnya 4 jenis kueh dan semuanya nak 3 sets, mulanya dalam hati berkata juga, boleh ke buat semua ni..? sempat ke..? dan macam2 lagi yang bermain di fikiran.

Pukul 4 petang (hari Sabtu) baru keluar pergi cari barang2 yang diperlukan dan dalam pukul 5 lebih gitu terus mengodak kek kukus sebanyak 3 buku dan di kukus hampir 4 jam lamanya.
Belum lagi dengan kueh-kueh yang lain tu..???

Tapi akak janji kepada Nura Insyallah.. akak akan cuba seboleh mungkin..! dan dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim.. akak mulakan tugas sepenuhnya.
Tak lama Nura sms lagi katanya, Akak kalau akak dapat siapkan malam ini lagi ok.. tak kiralah tengah malam pun tak apa sebab nanti dia boleh bertolak awal ke Ipoh..!

Terdiam jugak sekejap..! Sempat ke ni..??? Tapi dengan sedaya-upaya akak cuba juga agar tidak menghampakan Nura. Alhamdulillah.. tepat jam 1.30 pagi akak dapat siapkan ke semua tempahan yang semuanya 3 sets tu siap di paking lagi dan  seterusnya minta tolong mr hb hantarkan ke Hotel tempat Nura menginap, time tu akak memang tak dapat nak ikut sebab hanya Allah saja yang tahu.., betapa lepak dan penatnya.. tegang semua urat..! maklum buat pun sorang-sorang jer.. heee... 
jadi inilah masanya tak sabar2 nak melanding...!
Apa pun terimakasih yang tidak terhingga buat Nura dan keluarga yang tak jemu2 membuat tempahan dengan akak..!
(Panjang pulak celoteh ya...!!!)

Jom kita tengok tempahan2 Nura yang semuanya 3 sets tu..!

 3 sets Brownies Coklat 

 3 sets Kek Kukus Buah

 Juga 3 sets Apam Beras yang kesemuanya berjumlah 150 biji


Yang paling tak tahan  kaki yang sakit sangat, tegang sangat sebab banyak berdiri.. jadi selepas tu.. pandai2-lah pujuk anak  mintak tolong urutkan kaki.., heee... adoiii....! sedapnya bila kena urut..! pengsannnnnn.... jap..!!!



1 comment:

  1. Assalamulaikum kak am..
    Wah!!! Superwoman ler akak ni...klau kita ke laut sudah..haha..suka tgk hasil airtgn yg kak pamerkn..lgi best klau kita dpt mkn ;))

    ReplyDelete