Pages

18 April 2012

LEMAK TURI & AYAM CENCALOK

 
Saje-saje  jer.. menayang menu lauk yang dah tak nampak bayangnya pun.. sebab dah lama masak dan dah habis lama pun tapi baru ni ler dpt download.
Apa pun jamu mata ajelah ya...!

Sebenarnya lama sudah teringin nak mencuba masak 'AYAM CENCALOK' ni tapi tak terbuat jugak sehinggalah baru-baru ni macam mana pun nak cuba juga..
Selain  dari ayam  cencalok ni... ada  sampingan  juga  yang  berkuah  iaitu Masak Lemak Sayur Turi + Keledek.
Masakan menu kampungan yang sentiasa sedap lagi menyelerakan dan tak jemu menjengah anak tekak terutama bagi peminat-peminat masakan kampung di luar sana...!

 2 gandingan menu yang pasti menyelerakan...! Tak percaya boleh cuba...!!!

Tapi resepi ayam cencalok kita ni.. ikut apa yang ada kat dapur, cuma guna cili kering jer dan mana yang sempat dicapai tapi bagi sesiapa yang teringin nak mencuba bolehlah tengok resepi sebenarnya spt di bawah ni ya.., resepi ni akak ambik dari dapur Nor67

AYAM  CENCALUK 
Resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram
sumber: am@serojakitchen

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air



CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...



1 comment:

  1. Assalamualaikum Kak Am,
    memang percaya... betapa enaknya menu yang dihidang tu!

    ReplyDelete