Pages

27 February 2011

KESIBUKAN YANG TERAMAT MINGGU INI...


Rasanya minggu ini minggu paling2 busy sebusynya... dgn pelbagai jenis tempahan yg berderet tapi yg betul2 mencabar & menduga minda & jiwa-raga adalah tempahan apam beras sebanyak 500 biji.., ha...????? (Terkedu sekejap mendengarnya..) heee...
*
*
*
TEMPAHAN UTK - 26/02/2011 (SABTU)
Tempahan last minute dari SMK Seri Alam 2 (majikan mr hb) utk cenderahati 2 org penceramah pagi ini
Nak minta buatkan 2 buku kek yg ringkas, mudah & cepat.., terima call 8.30 pagi nakkan kek ni dalam pukul 10-10.30 pagi. Tak bersilat dibuatnya...
Jadi utk yg cepat & ringkas akak buatkan kek pisang coklat chips aje..
Di sampin itu ada juga tempahan apam beras sebnyk 20 biji utk makan2 time mesyuarat guru2 pagi ini
Mujurlah siap juga.. T/kasih cikgu...


Inilah dia tempahan apam beras utk majlis perkahwinan di Kota Singa yg berkehendakan apam beras sebanyak 500 biji. Alahai.. bagai nak pengsan mendengarnya kerana ini kira kali pertama menerima tempahan apam beras sebanyak ini. Mulanya agak keberatan sebab takut manalah tahu tak terdaya utk menyiapkannya. Tapi andai tak dicuba mana tahu ya..? Jadi tawakal ajelah utk menerima tempahan sebanyak ini..
1 bekas apam beras ini berjumlah 100 lebih, kesemuanya terdapat 4 bekas yg berjumlah 500 biji

Tapi alhamdulillah.. disamping menghadapi sedikit dugaan & cabaran ketika proses membuatnya (maklum jumlah yg bnyk.. ada aje kerenahnya..) akhirnya siap juga. Shukur.. semuanya dgn keizinan Allah jua..!

Ini juga tempahan yg seterusnya dari Singapura 3 bekas roti jala sebanyak 3kg tepung semuanya. (Minta tolong sepupu yg pakar bab roti jala..)
T/kasih kpd Maz & hb dari Singapura yg 1st time kenal & bersua tapi ramah & mesra
Maz dtg mengambil semua tempahannya ini jam 1.30 pagi...! Terasa dinginnya suasana ketika keluar rumah dan bertemu di suatu tempat yg telah dijanjikan ini dimana di ketika ini ramai yg sedang nyenyak dibuai mimpi.. zzzzzzzzzz..!

Thanks Maz kerana sudi berurusan dgn akak.. dan alhamdulillah.. mendapat respon dari customer di Kota Singa yg menyukai apam beras & roti jala ni..! Insyallah.. akan mengulangi tempahan seterusnya di masa2 akan datang.. itu kata Maz..!

*
*
*
Sebelum pukul 2 petang pulak sibuk utk menyiapkan 200 biji blossom tempahan dari Intan
Regular customer yg sentiasa tak putus2 dgn tempahannya.. T/kasih Intan..!

4 comments:

  1. Salam Kak Am.
    Sibuk2 tu, mesti lebih banyak lagi rezeki masuk kan.. Semoga business kak Am lebih maju ye..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam perkenalan...
    Hari2 saya tengok apam dan tart kak am ni.. sgt seronok dan memberi inspirasi. Moga murah rezeki..

    ReplyDelete
  3. Alahai bizi sungguh kakakku ni,alhamdulillah rezeki dari Allah

    ReplyDelete
  4. >>Naz : w'salam alhamdulillah naz, time busy, busylah sangat tapi time rileks, rileks jugak..

    >>cik siti : w'salam siti, slmt berkenalan juga, ya ker hari2 tengok apam..? cubalah.., t/kasih..

    >>chik mimi: alhamdulillah.. mimi, bisnes cam ner, nmpk ok gak kan..? geram nengok kuali2 tu..

    ReplyDelete