Pages

24 January 2011

SAYUR BENING JER...!

Assalamualaikum..!
Moga hari2 yg dilalui dgn rutin2 seharian yg memangnya sentiasa sibuk sentiasa dirahmati lagi diberkhati hendaknya.. Aminnnnnn..!
Bunyi pembuka tirai hari Isnin ni macam ceria sikit gitu kan..? Cewah.., kira kalau dh bunyinya mcm tu bermakna dah oklaah tu kot..? heeeeee...
Alhamdulillah.. tn rumah dah beransur sihat dah pun.., t/kasih kpd kwn2 yg perihatin atas doa & kata2 nasihat yg diberi. Dah rehat serehatnya selepas menyiapkan tempahan yg bnyk tempohari, kemudian dah cover tidur secukupnya yg mana ada tidur2 yg tak cukup2 tu..! heee..
Dah sihat sikit mulalah merepek-meraban pulak ya..
Oklah hari Isnin yg ceria ni, nak tayang lauk sepcial sikit. Eleh hai.. macam special benarlah bunyinya padahal lauk 'SAYUR BENING JER..!'
Sayur beninglah lauk special kan..? sebab jarang nak masak mcm ni.. tapi sesekali masak bening sedapnya.., ada pulak ikan kering + telur dadar dgn sambal belacan. Hemmm.. tak payah ceritalah..!!!
Tapi sambal belacannya tak dpt ditayang sebab dah licin dah.., kat rumah ni memang jarang buat sambal belacan sebab mama dia org malas nak menumbuk. Tapi kalau sesekali buat alamatnya memang bebudak kat rumah ni tak cukup2..! dah tu kena pulak dgn sayur bening cam ni apa lagi..? sedap sangatlah tu kononnya...

Tapi sebenarnya ada benda lain yg ditayang ni.., hem.. hem..
konon2nya nk tayang bunga2 yg bergolek kat dlm sayur bening tu ha..! heee.. jakunnya kan..? orang lain dah lama dah ada.. tapi tn rumah ni aje baru dpt cari benda-alah ni, tu yg saje2 menayang sakan..! suka pulak nengok bunga2 cam tu..!
Biasa2nya nmpk kat dapur Hana & Nor, memang dah lama nampak pun, itu yg geram sambil pendam dlm hati aje..! Skrg dh dpt pun, sukeeee..nya..!!!!
************************
SAYUR BENING
Resepi : Kak Am (serojakitchen)
Bahannya
3-4 biji cili padi (cili merah pun ok)
2 ulas bwg kecil
1 -2 ulas bwg putih
sedikit ikan bilis
(kalau x nk ikan bilis blh letak 1 kiub ayam knor)
segenggam soohun
beberapa biji bebola ikan/ketam/sotong
1 btg lobak merah
sayur sawi putih (atau apa2 sayurlah..)
sedikit minyak - utk menumis
Caranya
Tumbuk ikan bilis & bwg kecil hingga hancur
Cili padi di belah dua
Tumiskan bwg putih & bwg kecil hingga wangi
masukkan cili padi & ikan bilis (yg tlh ditumbuk) - kacau2 kan sekejap
campakkan pulak lobak yg telah dihiris nipis
masukan air secukupnya utk kuahnya - biarkan mendidih
masukkan soohun & sayur tadi
Biarkan masak sekejap dan bolehlah diangkat.
Siap...!

3 comments:

  1. Assalam Kak Am, alhamdulillah kalau dh sihat..nanti hirup kuah ni panas2 lagi bertambah sihat ni...saya suka juga msk sayur mcm ni.

    ReplyDelete
  2. >>mr mama : betul, meratah mmg sedap sambil mnghirup..

    >>nieza: w'salam nieza, tq.. mmg mnghirup mmg best..!

    ReplyDelete