Pages

12 December 2010

KEM TAHFIZ & SMART SOLAT - DEC. 2010

Nengoklah perangai bujang sorang ni..!!! macam2 gaya..
Masa ni setelah buat pendaftaran & sedang menikmati jamuan di Sek Islam Ibnu Nafis, Kulai, Johor.
Pada 11/12/2010 (sabtu) lepas, pergi menghantar anak bujang montel ke kem tahfiz & smat solat selama 9 hari bermula 11/12/2010 sehingga 19/12/2010.
Lihat sajelah gelagat & kerenah anak bujang sorang ni.., macam hal perilaku dia..
Mulanya dia tak nak pergi tapi mama & abah dia senyap2 daftarkan utk dia ke kem tersebut. Sekurang-kurangnya adalah juga aktiviti yg berguna dimusim2 cuti begini.
Semasa nak buat persiapan pack barang2 & kain-baju dia, dia buat dono aje langsung tak dihiraukan. Akhirnya minta tolong kakak & adiknya yg pack-kan brg2 utk dia. Tengoklah siapa yg tak geram dgn kerenah si Iman ni.. sakit jiwa dibuatnya..! sabar ajelah..
Tapi bila semasa buat pendaftaran tu, dah nengok ramai kawan2 dgn beg yg besar2, toto & bantal sakan, dia pun mula cool, walaupun semua kwn2 tu memang dia tak kenal langsung. Semua dari sekolah2 yg berlainan. Tup2 si iman ni kata. " mama boleh baliklah tak per.., iman kat sini..!" wah2.., bukan main lagi dh nmpk ramai geng mulalah dia suruh kita balik, kalau tidak nak pergi pun tak nak.
Sedih juga nak tinggalkan si iman ni sebab dah faham sangat perangai dia.., entah cam nerlah nanti ..! Harap2 dia dpt sesuaikan diri dgn kwn2 lain dan dpt mengikuti kem tersebut sehingga ke akhirnya. w/pun kat rumah dialah yg selalu buat perangai dan dialah juga yg selalu menghabiskan makanan dan apa saje yg mama dia buat memang dialah yg suka makan.., sebab tu tengok ajelah badan dia tu ha.. kus semangat..! hee..
Bila dia tak ada kat rumah mcm sunyi pulak.. w/pun adakala kerenah dia hai.. sabar ajelah..!



No comments:

Post a Comment