Pages

08 December 2010

KEK PISANG BAGAI2...

Salam buat semua..! dan salam Maal Hijrah juga..!
Sempena cuti Maal Hijrah semalam merajinkan diri membaking kek pisang sempoi. Ini pun disebabkan adalah tinggal 3 biji pisang yg tergolek dlm plastik yg tak bersentuh. Daripada terbiar begitu aje lebih baiklah dibuatkan sesuatu yg boleh dimakan.
Suke buat apa2 sbb insyallah pasti habis punya..! Tak bimbang tak habis atau terbuang masuk cik tong.

Saje pulak tepek bagai2 deco kat atas kek pisang ni, ada coklat rice, badam cincang & kepingan badam. Bila buat cam ni bebudak kat rumah ni lagilah tertarik dan suke sangat. Dia org memulanya ingatkan donat sbb rupa & bentuk cam donat, tapi bukan donat tau rupa jer iras2 donat., heee..! Cuma guna acuan berbentuk donat saje suke buat kecik2 cam ni..

Pilih2 mana satu idaman kalbu.., macam2 rupa ada..! heee..


Acuan donat tu ada 6 biji jer jadi selebihnya tepek ajelah dlm bekas aluminium cam ni..
Senang keje..!!! Sebenarnya malas nak mengeluarkan loyang lain & malas gak nak mencucinya nanti, heeee...!

Sebenarnya dh bnyk kali buat kek dari sofinar ni.. dan pernah diletakan resepi sebelum ini. Apa pun TQ..! kpd penyumbang resepi & minta izin letak kat sini pula sebagai rujukan akan datang.

***********************************

KEK PISANG SEMPOI
(Sumber: sofinar - myresepi)

Bahan2
150g pisang emas - dilecek
180g tpg gandum
180g gula halus /gula icing - (akak kurangkan jadi 150g)
3 biji telor
120ml minyak masak
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam

Cara-cara
campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

No comments:

Post a Comment