Pages

19 November 2010

LONTONG GORENG

Pagi ni bersarapan dgn LONTONG GORENG & Nescafe.., sebenarnya x berapa minum sgt nescafe ni tapi sbb buatkan mr hb jadi teringin pulak.
Ini kes org tamak sbb balance dari lontong segera (yg siap dah direbus) yg dibeli sempena Aidil Adha tempohari. Ada lagi sebtg masih belum bersentuh jadi daripada terbuang cepat2 kita gorengkan dia..
Kalau dulu2 mcm tak reti pulak makan lontong goreng ni mcm pelik gitu tapi dah lelama jadi suke pulak.
Lontong goreng ni togel aje.., tak bnyk perencah dia sbb buat pun apa yg ada dlm stok kat dapor ni.., ada daging, tumbuk ikan bilis & pecahkan telor, itu aje rencahnya..! Tapi tetap sedapppp...!

**************************
LONTONG GORENG
BAHAN
1 mangkok lontong (dipotong kiub)
1 senduk cili yg dah diblender - (nak pedas lagi blh tambah)
(cili kering + bwg + bwg putih)
1 kiub pati ayam
1/2cwn ikan bilis (ditumbuk)
1-2 biji telor
sedikit hirisan daging (yg telah direbus dulu)
(kalau ada isi ayam atau udang pun boleh)
garam secukup rasa
sedikit minyak (utk menumis)
BAHAN HIASAN
daun bawang
bawang goreng
(Tapi yg ni x berhias sbb nak cepat, lagi pun bahan hiasan pun dah x ade dlm stok)
CARANYA
Tumis cili blender hingga garing, masukkan kiub pati ayam - digaul rata
kemudian masukkan hirisan daging/udang/isi ayam
Digaul rata.. kemudian pecahkan telor biar hingga garing & hancur2kan
masukkan sedikit garam
Masukkan lontong yg telah dipotong kiub/kecil2 digaul rata
Goreng hingga rencahnya sekata dan agak kering
Angkat & hidangkan
Hias dgn bawang goreng & daun sup

3 comments:

  1. nak tanya sket.. mcm mana nak jadikan lontong goreng ni mcm kering-kering sket.. sbb selalunya buat mesti jadi benyek.. hahaha

    ReplyDelete
  2. >>fuzidss: nape x pernah tengok ke..?

    >>asip: biarkan lama sikit atas api tapi kecilkan jer api dapor tu..! sambil di gaul2 rata

    ReplyDelete