Pages

23 October 2010

VELVET STEAM CAKE

Nmpk kek ni kat umah yatie, terus tertarik & teringin nak mencuba walhal chek stok telor cuma tinggal 3 biji jer, alamak.. cam ner nak buat ni? Nk g kedai malaslah pulak mlm2..
Di sebabkan semangat nak mencuba sangat maka tawakal ajelah.. buat juga cuma kurangkan sikit sukatan tepungnya. Cuma spt biasa bab menokok-tambah & mengubah tetap ada, sorry ya yatie, akak x letak kismis sbb x berapa minat jadi ada pulak stok asam manis yg dah terperap lama yg asalnya beli nak buat kek asam manis tapi sampai la ni x berbuat pun.


Maka inilah hasilnya..! Walau pun kekurangan telor tapi teksturnya lembut sesangat dan ada combine rasa masam2-manis, itu yg sukeee..! Cuma.., bila diangkat, atasnya jadi cam tu pulak, walhal penutup kukos dh disalut kain tu..!

Thanks yatie sbb berkongsi resepi.

Selepas dikukos & dilapis dgn asam-manis

Setelah diratakan adunan, disusunkan kepingan asam-manis dan bolehlah di kukos.

*******************************************

VELVET STEAM CAKE


BAHAN

5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
1 1/2 cwn gula halus
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovallette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 gm minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanila
beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
100 gm buah-buahan campuran (di cincang) - akak ltk kepingan asam-manis

Cara Membuat:-
Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega.

Letak adunan merah dulu, ratakan permukaannya dan tabur 50 gm buah2an campuran... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat pula lapisan hijau, ratakan dan tabur 50 gm buah2an campuran dan kukus lagi 15 minit.
Untuk lapisan yang akhir (lapisan kuning) kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan bahagikan kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir tak perlu tabur buah2an campuran.

4 comments:

  1. nampak betul2 gebu cake tu sure makan tak muak..

    ReplyDelete
  2. erkk...kak am.jakun betul saya.tak pernah saya jumpa asam manis keping cam tu..teringin betul nak buat kek ni..tapi tak pernah ingat nak beli asam manis tu or buah kering ke

    ReplyDelete
  3. Salam K.Am,
    Tahniah dah jadi keknya...lembut je..kan...nape atas kek tu penyek sikit....masuk air ya masa kukus....takpelah..yg penting menjadi dan sedap...

    ReplyDelete
  4. >>aeino: ya..mmg x muak..sedap..

    >>izah: kat kedai baking bnyk skrg, biasanya dulu bulatkecik2 & bsar2 pun ada tapi saje nk try yg brsegi pulak.

    >>yatie : tq.. yatie, tapi tulah atasnya dh angkat jadi cam tu pulak, entahlah ya..

    ReplyDelete