Pages

07 September 2010

BISKUT BUNGA CINA - Nor67

Salam semua, tinggal lagi beberap hari dah nak raya, memasing dah ready dgn segala persiapan raya terutama biskut2 raya, dah memenuhi ruang blog masing2 tapi tn umah yg sorang ni tahun ni macam x mnyempat aje.., mana taknya biskut raya pun x de lagi, cuma baru mlm tadi dpt cuba buat 2 jenis. Yg sibuknya anak dara tenit tu ha.. (si ain) hari2 memujuk mama dia ajak buat cookies. Dialah yg rajin menolong kat dapur, manakala yg 2 org lagi tu.. hemm.. x kisah langsung..! Tapi bila biskut dah siap keluar dari oven, dia dulu yg merasa.. hai! anak..anak..!!!

Tertarik dgn biskut Nor(Ganu) yg putih melepak, iaitu 'BISKUT BUNGA CINA' tapi bunga cina kita x le melepak sangat, x tahu ler apa silapnya..! tapi apa pun dari segi rasa ok.., hinggakan bila keluar dari oven aje sorang2 merasa bukannya satu tapi dah nk hampir separuh loyang. Cam ner nak simpan utk raya ni..?? he..he..
Masing2 kata sedap.., termasuklah juga bapak budak.. lepas satu.. satu.. merasa! (Ini dah bukan merasa lagi ni.., he..he..)

Resepinya minta izin dikongsikan di sini pula ya..
(TQ.. nor! sedap, lembut & rapuhnya biskut ni..!)

*****************************************************************

BISKUT BUNGA CINA - (Nor67)

Bahan-bahan
( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan)
• 100gm mentega/marjerin
• 90gm gula caster/halus• 1 biji telur (A)
• 2 cawan tepung jagung
• 1 cawan tepung ubi/kanji
• ceri merah utk hiasan (potong kecil2)
cara
1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.2. Masukkan kedua
2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

2 comments:

  1. salam am, ku dtg di tengahari yg panas membahang nak petik bunga cina di taman.. awat lama sgt bakar tu sampai dah bertukar kecoklatan kat kelopak dia.. psst.. slow down sket suhu oven dan jgn bakar sampai garing sgt ya.. tu yg jd kaler bunga dah tak putih melepak :)

    apa pun cedap kan.. tq cuba resipi arwah mak nor ni.. slmt hari raya :)

    ReplyDelete
  2. Itulah nor.., nape tah oven ni panas sgt kot, rasanya baru kejap jer bakar dh jadi cam tu.. apa pun still sedap & halus gebus..!

    ReplyDelete