Pages

27 August 2010

KUPANG GORENG BERLADA - RAMADHAN 16

Petang semalam dpt beli kupang fresh lagi..! Boleh tahan bnyklah juga, jadi separuh direbus blh utk masak apa2 nanti dan separuh lagi masak goreng berlada. Masak goreng berlada cam ni mmg mnjadi favorite sekeluarga. Tak percaya x sampai 5 minit licin semuanya..! he..he..

TQ..! buat Ann/Hb (officemate mr hb) sbb offer kat kita org utk beli kupang fresh ni, lagi pun lama juga dah x makan kupang fresh cam ni.. sedappppnya..!!!

******************************
Atas permintaan seseorang jadi disertakan resepi kupang berlada yg sempoi ni..

KUPANG/KEPAH/LALA GORENG BERLADA

BAHAN
1-2kg kupang/kepah/lala
10-15 tangki lada kering
(nk pedas blh tambah lagi)
2 biji bwg besar
1" halia
3-4 biji bwg putih
3 btg serai
(1 btg lagi utk dititik)
garam secukup rasa
1 cwn air
serbuk perasa (jika suka)

CARANYA
Cili kering, bwg besar, bwg putih, 2 btg serai & halia - diblender

Tumis semua bahan yg telah diblender tadi dgn sedikit minyak sehingga garing & naik minyak
kemudian masukkan 1 btg serai yg dititik tadi - digaul rata
masukan sedikit garam & serbuk perasa & 1 cwn air tadi
masukkan kupang dan dikacau rata
**Biarkan sehingga masak/mendidih dan kuahnya agak kering/pekat sedikit
(Kalau nk kuahnya betul2 kering pun boleh, ikut citarasa masing2..)
Siap & boleh dihidang..!

3 comments:

  1. bagi la resepi kupang berlada tu..leh kongsi sedap bersama ;),salam perkenalan..i follow u..

    ReplyDelete
  2. salam kak...mai nk mtak lauk kpang utk shur ni..cpt2 kak msuk lam tware..kang xsmpat nk mkn plak..hehe..

    ReplyDelete
  3. salam..hehe..baru trasa nak masak kupang cara mcm ni..ni baru syokk..

    ReplyDelete